Pak Tam

AKU, So dan Merville..

In UCD on June 27, 2009 at 3:30 am

Aku ingin bercerita tentang seorang kawan  yang dulu dia tinggal di Merville,sebuah in-campus residence di UCD. Dia tidak mahu dikenali dengan nama sebenar dan hanya mahu dikenali dengan panggilan manja So.
Aku  dan dia ni adalah kawan sama batch. Kami datang ke UCD pada bulan September tahun 2007. Walaupun dia sebenarnya tidak layak pun untuk masuk ke UCD sebab math dapat 5 (aku lepas la semua subjek) namun jodoh telah menetapkan bahawa kami akan bersama di UCD selama 2 tahun setengah. Yang peliknya So dapat full course biasiswa dan aku pulak dapat twinning program dari mara.
Setelah mendaftarkan diri seminggu sebelum fly ke Ireland, aku  berjaya mendaftar masuk ke Belgrove manakala So masuk ke Merville. Ini la 2 buah penempatan dalam kampus yang ada di UCD, Belgrove & Merville. Kebiasaannya kalau dapat masuk Merville anda akan dapat tinggal bersama – sama dengan  Irish manakala di Belgrove kita akan tinggal bersama – sama dengan rakyat Malaysia sahaja. Mendapat tahu perkara ini aku merasa agak kecewa la(sikit la). Sebabnya aku nak sangat  sangat bergaul dengan mat saleh, namun setelah ditakdirkan untuk bersama dengan seorang budak Kelantan dan seorang lagi budak SP (Sungai Petani)  pasrah je la.
Mula – mula sampai dahulu So masuk ke M16.6.3 (Merville apartment 16, rumah no 6 bilik no 3) bersama dengan seorang lagi teman serumah malaysia serta 3 orang Irish. Macam – macam cerita dari So didengari, yang setiap hari ada saja pengalaman baru yang diperolehinya. Ada yang manis ada yang masam, kadang – kadang suram kadang – kadang  terang benderang.

ni la dia rumah So, tingkat paling atas sekali

ni la dia rumah So, tingkat paling atas sekali

pemandangan seluruh merville daripada tingkap bilik So

pemandangan seluruh merville daripada tingkap bilik So

Mula – mula sampai dahulu, So ada cerita yang dia ada masak untuk seorang housemate Irishnya kari ayam. Baginya itulah kali pertama dia melihat orang putih makan nasi bersama  kari ayam. Sungguh kelakar melihat orang putih makan nasi katanya. Namun katanya, bermula dari situlah housematenya mula berjinak dengan nasi dan kurang makan makanan asasi mereka iaitu roti dan asyik bertanya kepadanya resipi untuk memasak kari ayam yang sedap itu. Tidak dia sangka, katanya, masakan Malaysia yang simple menjadi idam –idaman  orang putih.

sekadar gambar hiasan

sekadar gambar hiasan

Bermula dari situ la katanya bermula pengalaman hidupnya bersama dengan irish menempuhi rencah kehidupan sebagai bujang terantangtang di perantauan.
Sesampai di Ireland kata So, masih teringat yang ketika itu adalah bulan Ramadan. Budak – budak Merville adalah budak yang selalu tidak pergi solat terawih di masjid kerana kedudukannya yang paling hujung dalam UCD, berdekatan dengan pintu keluar ke Roebuack road.

Berbanding dengan pelajar yang tinggal di Belgrove yang bukan saja dekat dengan health science building malah juga dengan sport center dan pintu keluar ke masjid tapi kata So, Merville paling best sebab dekat dekat dengan central, the one and only kedai runcit di UCD, dan padang  yang besar. Tiap – tiap petang dapatlah dia main bola bersama kawan – kawannya dan membeli makanan di central sebagai juadah berbuka.
Selain itu kata So, apa yang menjadi kenangan seumur hidupnya  adalah kemudahan yang terdapat di Merville (yang mana sebenarnya ada di Belgrove juga). Internet yang disediakan  sangat – sangat terbaik kelajuannya. Kalau download cerita beberapa minit dah siap, streaming tu tak perlu tunggu lama – lama.  Kalau setakat nak buat panggilan internet menggunakan skype memang tiada masalah langsung. Pernah juga aku ngan So terfikir nak buat salam aidilfitri secara langsung dalam TV3. Namun macam biasa, susah nak menembusi  rancangan sampaikan salam tu. Tapi poinnya di sini, anda tidak akan terasa terasing dengan dunia luar, namun merasakan lebih dekat kerana dunia berada di hujung jari anda. (gambar jari klik mouse)
Selain itu, penjaga apartment Merville pun baik hati sangat. Biasanya kalau kerosakan atau apa – apa saja yang

technician merville yg dedikasi - gambar hiasan je

technician merville yg dedikasi - gambar hiasan je

dilaporkan akan terus ada tindakan susulan pada hari yang sama. Pernah So cerita, mentol dalam rumah dia asyik terbakar je, mungkin housemate mabuknya suka main suis lampu kot,akhirnya dia report masalah itu terus je dia dapat mentol baru. Tak payah susah – susah beli mentol baru. Kawan So pun ada yang minta peti sejuk baru dan mereka dapat sebuah peti sejuk besar. Memang best.
Lagi satu, perubahan mendadak yang dapat diperolehi  jika anda berada di Merville adalah kefasihan berbahasa inggeris akan meningkat. Bukan la maksud nak kutuk si So ni xreti berspeaking, namun So sebelum datang ke UCD memang tak berbakat langsung berbahasa inggeris. Speaking pulak memang pekat dengan loghat negerinya. Entah macamana dia dapat lepas interview IUMC aku pun tak tahu. Setelah  beberapa ketika, dapat dilihat ada sedikit perubahan pada keupayaan So untuk menggunakan bahasa inggeris dengan betul. Tapi kebiasaan bagi orang yang tidak pernah keluar dari negerinya selama 18 tahun,  ada la sikit bau – bau negeri asalnya itu. So pernah berteka – teki apakah itu black pudding. ingatkan ianya pudding gula hangus tapi sangkaan daku itu meleset..(jika anda tidak tahu apakah itu black pudding dan ingin mengetahuinya, tinggal la di Merville.)  Selain itu juga anda juga dapat belajar bahasa – bahasa harian yang digunakan oleh muda – mudi irish sekarang  seperti “How sa going” bagi menggantikan hello atau pun “whats the craigh” jika ingin mendapatkan cerita terbaru mereka. Bagi mereka yang suka bergaul dan memerhatikan orang  Merville memang sesuai untuk anda kerana anda bukan hanya berpeluang untuk tinggal bersama – sama irish tapi juga bersama – sama dengan orang eropah yang lain macam Swedish, Polish, Russian, France dan lain – lain. Inilah peluang anda untuk mendapatkan kenalan dari seluruh pelusuk dunia.
Lepas tu mudah la kalau anda travel ke mana – mana Negara eropah kerana anda tidak lagi perlu untuk mencari rumah atau tempat tinggal kerana anda sudah mempunyai kawan yang oleh menumpangkan anda di rumah mereka. Silap – silap haribulan mereka turut membawa anda berjalan – jalan di tempat mereka.

john - salah seorang housemate So

john - salah seorang housemate So

Tapi orang kata hidup ni ibarat naik kereta kat jalan raya. Bukannya semua jalan raya tu lurus bendul je. Kadang – kadang ada juga ranjau dan cubaan yang terpaksa dihadapi oleh So.  Beberapa bulan selepas raya, rumah tangga So mula bergolak. Perkara pertama yang menjadi konflik So dan housemates nya ialah kad topup eletrik. Di Merville masalah yang selalu menimpa para pelajar adalah giliran menambah nilai eletrik. Merville menggunakan sistem penjualan kad bernilai 5 euro dan 10 euro bagi menggunakan eletrik. Kad ini akan di masukkan ke dalam meter bacaan dan nilainya akan bertambah mengikut nilai kad yang dibeli. Pernah terjadi So terpaksa membelanjakan 30 euro (RM150 tu lebih kurang) sebab housemates irishnya tidak mengikut giliran. Pernah juga housematenya menipu yang dia telah menambah nilai eletrik tapi dengan menggunakan kad yang telah digunakan.  Bagi membuatkan penipuannya itu Nampak real dia panggil technician untuk melihat meter  yang dikatakannya rosak (sebab dia topup tapi kredit tak naik – naik juga). Tapi selepas diperiksa tiada masalah pada meter. Akhirnya setelah berbincang dengan housemate Malaysianya, So memungut sebanyak 20 euro seorang setiap awal bulan bagi menambah nilai kredit eletrik. Cara itu amat berjaya dan So dapat menikmati hidup dengan lebih tenang.

Ada juga kes lain yang menjadi masalah kepada mereka yang tinggal di Merville ni. Iaitu kes rumah bersepah. Al maklum la, Irish ni suka sangat berparty. Boleh dikatakan setiap malam mereka akan berparty. aku pun naik pening memikirkan bila masa sebenarnya mereka belajar. Tiap – tiap malam akan dianjurkan berbagai jenis party. Party sebelum exam, party selepas exam, party nak cuti, party lepas dapat result exam dan macam – macam jenis party lagi yang diadakan. Ada satu jenis party ni kalau dibuat maka ia akan menyusahkan hidup, party liar di rumah. Selalunya Irish akan pulang ke rumah masing – masing pada hujung minggu. Maka pada malam jumaat biasanya mereka akan mengadakan party minum – minum sampai mabuk. Kalau party ini dibuat di rumah maka akan berlaku la apa yang dipanggil sebagai ‘aftermath’. Pernah rumah kawan habis pecah dinding sebab mereka main baling – baling botol ke dinding.
Kadang – kadang time mereka balik berhujung minggu rumah masih tidak dikemaskan. Aku pernah melawat rumah So yang baru lepas kena party bukan setakat bersepah  tapi memang horror habis. Dengan sampah bergelimpangan, meja kerusi bersepah, makanan tumpah atas karpet, botol arak bersepah – sepah campur bau busuk lagi.
Tapi aku nak sangat ajak kawan – kawan nanti yang akan mendiami Merville, jika perkara sama berlaku kepada anda maka bersabarlah dan jangan membatu. Tapi sebaliknya kemaskanlah rumah anda walaupun ianya sedikit sebanyak menyusahkan anda. Ingatlah setiap perbuatan kita akan dikira oleh ALLAH sebagai satu ibadah. Dan jangan la kita membenci pula housemates yang buat party di rumah sebab yang patut dibenci bukan pembuat kesalahan itu tapi yang patut dibenci adalah perbuatan tersebut. Sebenarnya housemate irish yang masuk ke UCD adalah mereka yang berumur belasan tahun. Belum pun mencecah 20 tahun. Jadi perangai mereka sedikit kebudak – budakan. Sesungguhnya mereka memerlukan bimbingan dari anda semua untuk menghadapi dunia realiti.

semua adalah ketentuan Ilahi. semua benda yang berlaku pasti ada hikmahnya. perbanyakkan lah berdoa semoga apa yang berlaku dapat menjadi pengajaran kepada kita

semua adalah ketentuan Ilahi. semua benda yang berlaku pasti ada hikmahnya. perbanyakkan lah berdoa semoga apa yang berlaku dapat menjadi pengajaran kepada kita

  1. ha3..aku amat mengenali sahabat mu, SO….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: