Pak Tam

Archive for 2009|Yearly archive page

Books for UCDians [updated]

In UCD on August 23, 2009 at 4:12 pm

BooKs for Ucdians (1st year)

Basically, these are some of the books that are popular according to the subjects ( anat,physio,biochem,histo,embryology ), for 1st and 2nd semester. Except for 2nd sem, there are some additional books which i don’t include here since you can borrow them from library. So hope this will help. 🙂

p/s: if u are confuse which one to choose, just choose the *recommended one.

ANATOMY

anat moore

Clinically Oriented Anatomy (5th Edition) by Keith L Moore (Author), Arthur F Dalley (Author) This book is absolutely THICK. You may consider of purchasing the BABY version of this book.

*recommended

grays atlas Gray’s Atlas of Anatomyby Richard Drake, A. Wayne Vogl, Adam W.M Mitchell, and Richard Tibbitts.

This book contains many images. Absolutely amazing images! For those who love pictures, then you may consider this book as your first choice. Obviously, it has less text than Moore

atlas of anat Atlas of Human Anatomy, Professional Edition by Frank H. Netter

or Atlas of Human Anatomy: With Netteranatomy.com (Netter Basic Science)by Frank H. Netter

*recommended

p/s but if you guys don’t want to buy it,doesn’t matter coz there is a digital atlas that look exactly like this book!! You can ask from your seniors.

PHYSIOLOGY

vanders Vander’s Human Physiology: The Mechanisms of Body Function, 10/e by Eric P. Widmaier, Boston University
Hershel Raff, Medical College of Wisconsin
Kevin T. Strang, University of Wisconsin – Madison

*recommended

physio costanzo Physiology Third Edition With Studentconsult.com Access by Linda Costanzo (Author)This book simplifies many complicated mechanisms into a simple one. Will be resourceful in your second semester.
physio bern n levy Berne and Levy Physiology: with STUDENT CONSULT Online Access (Physiology (Berne))by Bruce M. Koeppen (Author), Bruce A. Stanton (Author)If you are looking for a very detail explanation. Then this book is a must for you. Seriously..sangat detail! But quite useful.

BIOCHEMISTRY

biochem meisenberg Principles of Medical Biochemistry: With STUDENT CONSULT Online Accessby Gerhard Meisenberg (Author), William H. Simmons (Author)*recommended

HISTOLOGY

wheaters histo Wheater’s Functional Histology: A Text and Colour Atlas (Book with CD-ROM)by Barbara Young (Editor), John W. Heath (Editor)

*recommended

p/s don’t forget to bring along your colour pencils coz you will be using it for this subject

EMBRYOLOGY

langman

Langman’s Medical Embryology

by Thomas W Sadler

This book is a must for you to have! This would be your main reference for embryology subject other than your lecture notes. This book explains almost all embryological concepts and easy to understand.

*recommended

the developing human The Developing Human: Clinically Oriented Embryology by Keith L. Moore, T.V.N Persaud

This book has more pictures and of course it is heavier than langman’s. There is a lot to borrow in library, but it is quite a ‘hot’ book especially during exam weeks.

Advertisements

Makan2 di UCD Bersama Mek CUN

In UCD on July 21, 2009 at 2:58 am

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Sedikit pengenalan ringkas tentang Mek CUN. Mek CUN ni pelajar UCD, amat berminat terhadap makanan. tidak kiralah samada bercakap tentang makanan, memasak dan segala-galanya yang berkaitan dengan makanan.

Jom Makan!

Jom Makan!

Khas utk junior yng baru nak sampai, mesti pening kepala kan nak fikir utk bawa apa ke dublin nanti? dah la 25-30kg je .. huhu.

Dont worry, Mek CUN ada tips. Barang2 yang kurang penting, beli awal2, shipping( murah banyak compared dgn pos laju ) dua bulan sampai la.  Tak Tahu barang apa kurang penting? Bagi Mek CUN mudah aje.. buku yang besaq kedabak tu Mek CUN istilahkan sebagai kurang penting, baju yang bertimbun2 sgt tu, kasut dan segala macam alat2 yang kalo takde tu still boley hidup kira kurang penting la tue . Jadi bolehlah beli awal2 dan shipping.

Macamana nak shipping?

pegi post office, cakap nak shipping. RM100++ je utk 10 kg.  Balut dalam kotak elok2, selotape banyak2, yang penting jangan tulis ada makanan dalam tu, kalo tak tak lepas. tu pun kalo nak ship makanan la

Takde Address??

Boley cari mana2 senior yang dikenali, takpun PM mek CUN.

Alamak!!!

alamak, termengarutlah plak mek CUN ni, actually mek CUN nak cakap ttg makanan je, ni dah termasuk bab lain plak. Bukannye apa, ini adalah tips mek CUN supaya adik2 leh bawak makanan yang banyak dalam beg nanti. Makanan penting ye utk survival.

Perkara penting berkaitan makanan yang perlu ada :

1. bawa bowl plastik dan sudu ( reason : barang plastik ringan, UCD accomodation tak sediakan pinggan/ mangkuk- so utk kegunaan hari2 permulaan. Kenapa bowl? senang, nak makan megi pun senang, nasi pun senang jgk )
2. kalo nak bole bawa pan/ periuk kecil-satu rumah satu cukup ( yang ringan ok! utk kegunaan sebelum korang bley shopping dan boleh beli barang keperluan rumah )

Actually semua benda pun boleh didapati kat dublin ni, kalo tak pecaya, visit website ni [ click here ]. Ni baru satu kedai, ada banyak lagi kedai2 yang menjual makanan Malaysia. So Dont worry.

Tapi satu je Mek Cun nak pesan,

surely, kebanyakan org akan teragak2 utk berbelanja pada time mula2 sampai coz perbezaan currency. Kepada yang berjimat cermat, bawaklah peralatan dari Malaysia. contohnya seperti :

1. Megi a.k.a mee segera

2.Kuih Raya! serunding dan makanan2 segera kering mcm sambal ikan bilis etc.. . kan korang dtg bulan puasa…

3. Perencah2 termasuklah kiub tomyam ke, perencah sup dan seumpamanya.

4. Rempah ratus mcm bunga lawang dan adik beradiknya

5. Siapa yang suka masak over2 tu tak rugi bawa daun limau purut, daun kesum, bunga kantan, daun pandan, serai dan sebagainya. pastu nanti simpan dalam fridge. ( kat sini pun ada tapi kadang2 wujud di kedai, kadang2 out of stock )

6. Beras jgn bawak, berat!

7. Cili kering ( ni penting, cili kering kat sini tersangatlah pedassssssssssssssssss )

8. Ikan bilis

Haii.. dah bawa semua2 barang ni kene la memasak, jangan buat stock plak kat belgrove/mervill nanti..

Apa?? Tak Tahu Nak Masak?

ok, for girls yang tak tahu nak masak, dont worry, mek CUN ada team yang boleh tolong korang utk belajar memasak. Mek CUN pun tak pandai Masak, tapi mek CUN dah recruit orang2 yang pandai memasak utk tolong ajarkan korang masak. ( this offer is for girls only )

So, dont worry ok?

ok, jumpa di episode seterusnya

from

Mek CUN

Cooking Untuk Nisa.

Sekitar Dublin

In Life in Dublin on July 19, 2009 at 9:58 pm
Merentasi Sungai Liffey

Merentasi Sungai Liffey

On the way ke Madina Mosque

On the way ke Madina Mosque

Berhampiran Dublin Castle

Berhampiran Dublin Castle

Hmm...

Hmm...

Menunggu Bas

Menunggu Bas

Spire

Spire

Grafton Street

Grafton Street

Bas di petang hari

Bas di petang hari

Madina Mosque

Madina Mosque

Food Hall

Food Hall

Food Hall 2

Food Hall 2

Lambang kemegahan Dublin?

Lambang kemegahan Dublin?

Kemegahan Dublin

Kemegahan Dublin

AKU, So dan Merville..

In UCD on June 27, 2009 at 3:30 am

Aku ingin bercerita tentang seorang kawan  yang dulu dia tinggal di Merville,sebuah in-campus residence di UCD. Dia tidak mahu dikenali dengan nama sebenar dan hanya mahu dikenali dengan panggilan manja So.
Aku  dan dia ni adalah kawan sama batch. Kami datang ke UCD pada bulan September tahun 2007. Walaupun dia sebenarnya tidak layak pun untuk masuk ke UCD sebab math dapat 5 (aku lepas la semua subjek) namun jodoh telah menetapkan bahawa kami akan bersama di UCD selama 2 tahun setengah. Yang peliknya So dapat full course biasiswa dan aku pulak dapat twinning program dari mara.
Setelah mendaftarkan diri seminggu sebelum fly ke Ireland, aku  berjaya mendaftar masuk ke Belgrove manakala So masuk ke Merville. Ini la 2 buah penempatan dalam kampus yang ada di UCD, Belgrove & Merville. Kebiasaannya kalau dapat masuk Merville anda akan dapat tinggal bersama – sama dengan  Irish manakala di Belgrove kita akan tinggal bersama – sama dengan rakyat Malaysia sahaja. Mendapat tahu perkara ini aku merasa agak kecewa la(sikit la). Sebabnya aku nak sangat  sangat bergaul dengan mat saleh, namun setelah ditakdirkan untuk bersama dengan seorang budak Kelantan dan seorang lagi budak SP (Sungai Petani)  pasrah je la.
Mula – mula sampai dahulu So masuk ke M16.6.3 (Merville apartment 16, rumah no 6 bilik no 3) bersama dengan seorang lagi teman serumah malaysia serta 3 orang Irish. Macam – macam cerita dari So didengari, yang setiap hari ada saja pengalaman baru yang diperolehinya. Ada yang manis ada yang masam, kadang – kadang suram kadang – kadang  terang benderang.

ni la dia rumah So, tingkat paling atas sekali

ni la dia rumah So, tingkat paling atas sekali

pemandangan seluruh merville daripada tingkap bilik So

pemandangan seluruh merville daripada tingkap bilik So

Mula – mula sampai dahulu, So ada cerita yang dia ada masak untuk seorang housemate Irishnya kari ayam. Baginya itulah kali pertama dia melihat orang putih makan nasi bersama  kari ayam. Sungguh kelakar melihat orang putih makan nasi katanya. Namun katanya, bermula dari situlah housematenya mula berjinak dengan nasi dan kurang makan makanan asasi mereka iaitu roti dan asyik bertanya kepadanya resipi untuk memasak kari ayam yang sedap itu. Tidak dia sangka, katanya, masakan Malaysia yang simple menjadi idam –idaman  orang putih.

sekadar gambar hiasan

sekadar gambar hiasan

Bermula dari situ la katanya bermula pengalaman hidupnya bersama dengan irish menempuhi rencah kehidupan sebagai bujang terantangtang di perantauan.
Sesampai di Ireland kata So, masih teringat yang ketika itu adalah bulan Ramadan. Budak – budak Merville adalah budak yang selalu tidak pergi solat terawih di masjid kerana kedudukannya yang paling hujung dalam UCD, berdekatan dengan pintu keluar ke Roebuack road.

Berbanding dengan pelajar yang tinggal di Belgrove yang bukan saja dekat dengan health science building malah juga dengan sport center dan pintu keluar ke masjid tapi kata So, Merville paling best sebab dekat dekat dengan central, the one and only kedai runcit di UCD, dan padang  yang besar. Tiap – tiap petang dapatlah dia main bola bersama kawan – kawannya dan membeli makanan di central sebagai juadah berbuka.
Selain itu kata So, apa yang menjadi kenangan seumur hidupnya  adalah kemudahan yang terdapat di Merville (yang mana sebenarnya ada di Belgrove juga). Internet yang disediakan  sangat – sangat terbaik kelajuannya. Kalau download cerita beberapa minit dah siap, streaming tu tak perlu tunggu lama – lama.  Kalau setakat nak buat panggilan internet menggunakan skype memang tiada masalah langsung. Pernah juga aku ngan So terfikir nak buat salam aidilfitri secara langsung dalam TV3. Namun macam biasa, susah nak menembusi  rancangan sampaikan salam tu. Tapi poinnya di sini, anda tidak akan terasa terasing dengan dunia luar, namun merasakan lebih dekat kerana dunia berada di hujung jari anda. (gambar jari klik mouse)
Selain itu, penjaga apartment Merville pun baik hati sangat. Biasanya kalau kerosakan atau apa – apa saja yang

technician merville yg dedikasi - gambar hiasan je

technician merville yg dedikasi - gambar hiasan je

dilaporkan akan terus ada tindakan susulan pada hari yang sama. Pernah So cerita, mentol dalam rumah dia asyik terbakar je, mungkin housemate mabuknya suka main suis lampu kot,akhirnya dia report masalah itu terus je dia dapat mentol baru. Tak payah susah – susah beli mentol baru. Kawan So pun ada yang minta peti sejuk baru dan mereka dapat sebuah peti sejuk besar. Memang best.
Lagi satu, perubahan mendadak yang dapat diperolehi  jika anda berada di Merville adalah kefasihan berbahasa inggeris akan meningkat. Bukan la maksud nak kutuk si So ni xreti berspeaking, namun So sebelum datang ke UCD memang tak berbakat langsung berbahasa inggeris. Speaking pulak memang pekat dengan loghat negerinya. Entah macamana dia dapat lepas interview IUMC aku pun tak tahu. Setelah  beberapa ketika, dapat dilihat ada sedikit perubahan pada keupayaan So untuk menggunakan bahasa inggeris dengan betul. Tapi kebiasaan bagi orang yang tidak pernah keluar dari negerinya selama 18 tahun,  ada la sikit bau – bau negeri asalnya itu. So pernah berteka – teki apakah itu black pudding. ingatkan ianya pudding gula hangus tapi sangkaan daku itu meleset..(jika anda tidak tahu apakah itu black pudding dan ingin mengetahuinya, tinggal la di Merville.)  Selain itu juga anda juga dapat belajar bahasa – bahasa harian yang digunakan oleh muda – mudi irish sekarang  seperti “How sa going” bagi menggantikan hello atau pun “whats the craigh” jika ingin mendapatkan cerita terbaru mereka. Bagi mereka yang suka bergaul dan memerhatikan orang  Merville memang sesuai untuk anda kerana anda bukan hanya berpeluang untuk tinggal bersama – sama irish tapi juga bersama – sama dengan orang eropah yang lain macam Swedish, Polish, Russian, France dan lain – lain. Inilah peluang anda untuk mendapatkan kenalan dari seluruh pelusuk dunia.
Lepas tu mudah la kalau anda travel ke mana – mana Negara eropah kerana anda tidak lagi perlu untuk mencari rumah atau tempat tinggal kerana anda sudah mempunyai kawan yang oleh menumpangkan anda di rumah mereka. Silap – silap haribulan mereka turut membawa anda berjalan – jalan di tempat mereka.

john - salah seorang housemate So

john - salah seorang housemate So

Tapi orang kata hidup ni ibarat naik kereta kat jalan raya. Bukannya semua jalan raya tu lurus bendul je. Kadang – kadang ada juga ranjau dan cubaan yang terpaksa dihadapi oleh So.  Beberapa bulan selepas raya, rumah tangga So mula bergolak. Perkara pertama yang menjadi konflik So dan housemates nya ialah kad topup eletrik. Di Merville masalah yang selalu menimpa para pelajar adalah giliran menambah nilai eletrik. Merville menggunakan sistem penjualan kad bernilai 5 euro dan 10 euro bagi menggunakan eletrik. Kad ini akan di masukkan ke dalam meter bacaan dan nilainya akan bertambah mengikut nilai kad yang dibeli. Pernah terjadi So terpaksa membelanjakan 30 euro (RM150 tu lebih kurang) sebab housemates irishnya tidak mengikut giliran. Pernah juga housematenya menipu yang dia telah menambah nilai eletrik tapi dengan menggunakan kad yang telah digunakan.  Bagi membuatkan penipuannya itu Nampak real dia panggil technician untuk melihat meter  yang dikatakannya rosak (sebab dia topup tapi kredit tak naik – naik juga). Tapi selepas diperiksa tiada masalah pada meter. Akhirnya setelah berbincang dengan housemate Malaysianya, So memungut sebanyak 20 euro seorang setiap awal bulan bagi menambah nilai kredit eletrik. Cara itu amat berjaya dan So dapat menikmati hidup dengan lebih tenang.

Ada juga kes lain yang menjadi masalah kepada mereka yang tinggal di Merville ni. Iaitu kes rumah bersepah. Al maklum la, Irish ni suka sangat berparty. Boleh dikatakan setiap malam mereka akan berparty. aku pun naik pening memikirkan bila masa sebenarnya mereka belajar. Tiap – tiap malam akan dianjurkan berbagai jenis party. Party sebelum exam, party selepas exam, party nak cuti, party lepas dapat result exam dan macam – macam jenis party lagi yang diadakan. Ada satu jenis party ni kalau dibuat maka ia akan menyusahkan hidup, party liar di rumah. Selalunya Irish akan pulang ke rumah masing – masing pada hujung minggu. Maka pada malam jumaat biasanya mereka akan mengadakan party minum – minum sampai mabuk. Kalau party ini dibuat di rumah maka akan berlaku la apa yang dipanggil sebagai ‘aftermath’. Pernah rumah kawan habis pecah dinding sebab mereka main baling – baling botol ke dinding.
Kadang – kadang time mereka balik berhujung minggu rumah masih tidak dikemaskan. Aku pernah melawat rumah So yang baru lepas kena party bukan setakat bersepah  tapi memang horror habis. Dengan sampah bergelimpangan, meja kerusi bersepah, makanan tumpah atas karpet, botol arak bersepah – sepah campur bau busuk lagi.
Tapi aku nak sangat ajak kawan – kawan nanti yang akan mendiami Merville, jika perkara sama berlaku kepada anda maka bersabarlah dan jangan membatu. Tapi sebaliknya kemaskanlah rumah anda walaupun ianya sedikit sebanyak menyusahkan anda. Ingatlah setiap perbuatan kita akan dikira oleh ALLAH sebagai satu ibadah. Dan jangan la kita membenci pula housemates yang buat party di rumah sebab yang patut dibenci bukan pembuat kesalahan itu tapi yang patut dibenci adalah perbuatan tersebut. Sebenarnya housemate irish yang masuk ke UCD adalah mereka yang berumur belasan tahun. Belum pun mencecah 20 tahun. Jadi perangai mereka sedikit kebudak – budakan. Sesungguhnya mereka memerlukan bimbingan dari anda semua untuk menghadapi dunia realiti.

semua adalah ketentuan Ilahi. semua benda yang berlaku pasti ada hikmahnya. perbanyakkan lah berdoa semoga apa yang berlaku dapat menjadi pengajaran kepada kita

semua adalah ketentuan Ilahi. semua benda yang berlaku pasti ada hikmahnya. perbanyakkan lah berdoa semoga apa yang berlaku dapat menjadi pengajaran kepada kita

Surau UCD…muslimin

In UCD, Uncategorized on June 26, 2009 at 11:07 am

3494133575_49ba58a4d3gambar hiasan

Alhamdulillah…kebebasan bersuara dan beragama benar-benar dipraktikan di bumi Shamrock ni, lebih-lebih lagi di UCD. Untuk Muslim, pihak pentadbiran UCD telah menyediakan dua buah tempat untuk pelajar-pelajar yang beragama Islam untuk bersolat..satu kt Health Science Building kt tingkat 3 dan muslimat kt tingkat 2( tmpt budak medic la ne, Malaysians especially) dan satu lg kt Science Building ( more untuk accomodate international students yang lain informally)…

125061147_a9173074b7

juga gambar hiasan

Surau atau prayer room ni special untuk muslim sahaja dan bukan pula sebuah multi religious prayer room yang korang semua akan tengok kt sini nanti..so be prepared..Prayer room ni biasanya penuh semasa solat zohor kerana kelas biasa tak de pada waktu tu ( Irish phm kot jadual solat kita)…jadi ramailah kt sana time zohor..

Size prayer room ni, x de la besar sangat, tp cukup untuk jemaah seramai 15 orang maksimum untuk solat pada satu-satu masa..syukur…Buku-buku agama pun ade kt sini…sambil-sambil tunggu solat, baca-baca la dulu..

2086453240_95d3f94fc9
Yang lebih menariknya, prayer room memang hidup…ramai yg buat bisness kt sini..pada hari2 tertentu ade la dijual mcm2 juadah untuk dimakan dengan harga berpatutan..nasik lemak, nasik goreng,bihun dan burger antara yg dijual kt surau ni…katanya ex peniaga “nk kumpul duit nk kawen”…berkatnya rezeki dijual…memang betul pun…maybe tatkala korang baca entry ni, dua2 ex penjual tu dah pon kawen…emm…mungkin tu petua nk kawen awal kot..who knows..
nanti boleh la beli ye..til then…

jumpa di sana ye time solat…

sekian

Allahu A’lam

UCD Revisited!

In UCD on June 21, 2009 at 9:37 pm

Indahnya UCD

oleh: dzolatz

Kemudahan Internet di UCD

In UCD on June 20, 2009 at 7:35 pm

Berbahagialah anda semua menjadi pelajar UCD kerana anda kini dikaruniakan servis internet yang berkelajuan tinggi. Mengapa internet UCD laju? Sebabnya UCD  ialah tulang belakang kepada sambungan internet seluruh Ireland! Melalui UCDlah semua ISP(Internet Sevice Provider) di Ireland mendapatkan sambungan, dan melalui UCDlah, Ireland dihubungkan secara maya dengan seluruh dunia.  Dengan kelajuan muat turun (download) maksimum mencapai  25Mbps dan muat naik (upload) boleh mencecah 20Mbps, UCD menduduki  tempat ketiga untuk institusi dengan internet terpantas selepas TCD dan DIT.

UCD IT Services

web_serv2

Memandangkan maklumat secara ekstensif boleh didapati daripada UCD IT Services, artikel ini akan cuba menerangkan dengan seringkas yang boleh tentang apa yang anda dapat daripada UCD IT Services.
Apabila anda berdaftar menjadi pelajar UCD anda akan secara automatik mendapat akses kepada “UCD Connect”.  Saya cuba senaraikan apa yang penting.

  1. email anda sendiri dengan domain …@ucdconnect.ie (penting untuk anda berhubung dengan classmates, lecturers dan module coordinator)
  2. Servis berkaitan rekod pelajar seperti rekod perpustakaan, keputusan peperiksaan.
  3. Akses kepada “Blackboard”,  tempat anda mendapatkan maklumat dan nota untuk subjek-subjek anda.
  4. dan banyak lagi servis lain seperti  online storage(500MB), file sharing,  antivirus(sophos) , softwares (termasuklah Adobe Photoshop)  dan akses kepada laman-laman web UCD yang lain.

Anda akan tahu lagi banyak lagi apabila anda mendaftar di sini nanti. Jangan ketinggalan sesi IT Induction kerana anda akan mendapat satu pendrive percuma.

Masalah dengan IT?
Jangan bimbang. UCD mempunyai ramai otai-otai IT yang sudi membantu anda. Mereka ini boleh dijumpai di IT Centres. Ada 4 IT Centres di UCD iaitu Daedalus Building, Health Science Building, Newman Builiding dan Newstead Building.

Sambungan ke Internet

explore235x120

Kemudahan komputer boleh didapati di mana-mana sahaja di dalam kampus dan anda hanya perlu login dengan student ID anda. Anda boleh meminjam laptop daripada IT Services  atau juga boleh online dengan laptop anda sendiri  di mana-mana sahaja di atas muka bumi UCD.  Malah tempias wireless UCD sampai juga ke kawasan di luar kampus. Syaratnya, ialah laptop atau browser (pelayar web anda) anda perlu dikonfigurasi ‘proxy’nya kerana UCD network dilengkapi dengan firewall.  Anda boleh baca cara untuk setting firefox dan Internet Explorer di sini. Untuk wireless printing, anda perlu setting(agak panjang untuk diterangkan di sini), tetapi tidak sukar untuk anda terokai sendiri.

Menembusi Firewall

“Internet laju, tapi software tak boleh pakai”

Sememangnya menjadi tanggungjawab UCD untuk menyediakan persekitaran belajar yang kondusif, jadi memang wajarlah pihak IT Services menetapkan regulasi kepada semua yang menggunakan khidmat mereka. “No torrents and no online gaming/MMORPG”, dan anda pun datang untuk belajar bukan untuk main-main.Tetapi, di sini ingin dikongsikan kunci utama untuk menembusi (bypass) firewall UCD ialah menggunakan servername dan port yang sesuai(disediakan oleh IT Services).

  • Servername : proxy.ucd.ie
  • Port : 8484

Antara software yang pernah dicuba berjaya menembusi firewall ialah Firefox, IE, Yahoo Messenger, Skype, Orbit Downloader.

Wah, lajunya! Tak sama macam Malaysia.
Betul, tapi ingat. Bagi pelajar baru yang akan sampai di UCD, janganlah internet yang laju ini melalaikan anda.  Tumpukaan kepada pelajaran dan jangan terperap di depan komputer 24 jam, keluarlah menghirup udara segar  dan bergaul dengan masyarakat.

Dublin Bus (2)

In Life in Dublin, Uncategorized on June 20, 2009 at 3:14 pm

Assalamualaikum wbt..sedikit sambungan daripada kesinambungan daripada artikel Dublin Bus (1)..

Beberapa perkara lain..

Punctuality

Punctuality Is the top quality. Tu la tema atau motto yang saya berikan sendiri kt Dublin Bus . Dengan margin of error hanyalah lebih kurang 5-10 minit untuk setiap bas, perkhidmatan Dublin Bas patut dicontohi oleh company bas kat negara kita. Ketepatan masa  jadual perjalanan bas merupakan sesuatu yang agak baru bagi kebanyakkan pelajar Malaysia. Jadi, biasakan diri anda kerana bas tidak akan menunggu anda !

Keadaan dalam bas

Jangan terperanjat untuk yang pertama kali naik Dublin Bus ni. Seperti entry DB(1), Dublin Bus memang mesra OKU,warga veteran dan jua untuk bayi. Beberapa seats depan biasanya disedikan khas untuk golongan di atas . Jadi, janganlah berebut dengan mereka ya kalau seats lain dah penuh.

“please give up this seat to old people”

CCTV juga ada dalam bas ni yang akan dimonitor oleh driver untuk menjamin keselamatan penumpang. Air-cond tidak diperlukan dalam bas kerana memang dah sejuk dah pun.

transformasi wajah

dulu....daripada ini..

kepada ini…menarikkan…meh la pakat2 ke city centre

kepada ini

Perkhidmatan lain

Selain dari perkhidmatan harian ni, DB juga ada menyediakan perkhidmatan “sightseeing tours”  dan  “ghostbus” sekitar Dublin. Kalau dah rasa bosan sangat jalan kaki, boleh la amik tours trip ni. System hop on hop off digunakan.  Harganya pun boleh tahan. Kalau nak bawak family jalan-jalan Dublin, rasanya , ni the best option yang ada. Pesan saya, jangan la duk convert duit euro anda tu masa naik bas. Kalau convert jugak, memang tak naik bas la .

Contoh tiket…

ghost bus yang x brape berhantu pun...

tu je kot info untuk kali ini…semoga anda berpeluang naik bus ni…

sekian…

Merville vs Belgrove (2)

In UCD, Uncategorized on June 19, 2009 at 10:07 am

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Emm..Rasanya banyak sangat dah info yang diberikan dalam artikel Merville vs Belgrove (1)..tp jujurnya, pengalaman-pengalaman yang dialami setiap student yang mungkin berbeza .manis atau pahit bergantung pada anda untuk menilai keadaan tersebut…jadi coretan pengalaman yang ditulis dalam blog ni, sekadar perkongsian pengalaman…

Satu benda yang belum dimuatkan dalam artikel tu adalah bayaran sewa untuk kedua2 kediaman yang selesa ni…kalau x salah, setiap student kena bayar lebih kurang 3600 euro untuk stay kt Merville atau Belgrove bermula dari September hingga hujung May..kira-kira 9 bulan…nampak macam banyak kan 3600 euro tu (kira2 RM18000)..area UCD ni memang mahal sewanya kecuali rumah saya…wowww…tp x rasa pun..sebab sponsor akan tolong bayarkan untuk student JPA yang stay kt sini..tp untuk student MARA, kena bayar sendiri..jadi terasa la sket kot duit tu habis..x pe..bulan depan kalau hidup dan ade rezeki, 27hb masuk lagi duit baru…

Sebelum summer aritu, saya sempat la bertemu bual dengan wakil-wakil ex penduduk Belgrove yang baru mendapat rumah baru selepas 2 semester tinggal kat Belgrove…Overall, testimonies yang diberikan mereka untuk Belgrove sangat positive… Saya sempat merekod temubual tersebut yang terpaksa dibuat 2X sebab ada masalah teknikal untuk recording yang pertama ( lupa tekan butang play..hahaha)..so terpaksa la buat balik temubual…ikutilah temubual tersebut ye sampai habis..maafla ye kalau nampak kaku sangat dalam video ni …

semoga bermanfaat

libraries are not for bookworms only!

In Uncategorized on June 17, 2009 at 1:55 pm

Where do you find bookworms?

I bet your answer would be the library!

Yeah, I guess that’s the highest probability for finding bookworms scattering around. However, in the UCD library, the place is not exclusive for nerds! Many students opt to hang out in the libraries rather than the lecture theaters at times. We can see this kind of phenomena especially during exam seasons.

There are a few libraries available in the University College Dublin; the main one being the James Joyce Library which I heard is one of the largest libraries in Dublin. There’s another library available in the Health Science Building. This library is equipped with books and resources especially for the Medical and Nursing Students.

The first time I entered the library, I said to myself, “wahh ade pokok dalam library laa. Bestnye!”  There are a lot of different studying areas available in the library; the couches, the study rooms, the private studying areas, the computer labs and the studying areas which are exposed to sunlights (the one at the 3rd floor!) You can imagine the place to be very large indeed! However, if you prefer to use the study room, you have to book the room at the counter first.

You can also rent a laptop from the counter in the library. Interesting, right? But I personally suggest for you to use the computers in the computer labs instead if you need to use the computers. Before this, it was free if you want to borrow the laptops in the library. They’ve just introduced the new rates recently.

If you are interested in borrowing books, there are two type of loans available, depending on the type of books you choose. Usually if the books are on high demands and new books, you are only allowed to borrow it on a short loan which is about a week. The ones on long loans however can be borrowed for about three weeks. And like any other libraries, if you send the books after its due date, you’d be fined! In UCD recently, the library committees have launched superfines to those who send the books late. Check out the UCD library website (www.ucd.ie/library/) for more information on the current fine rates.

The best part of borrowing the books in the library is that we can reborrow the books by logging in through our UCD connect account. So there’s no need for you to carry the books to the counters everytime you want to reborrow the books. There’s only one exception which disallow you from reborrow the books, which is if there’s another person already having the same book on their reserved list.

I guess that’s an overview of how the library of UCD is all about. Overall, I’d give a rate of 4 and a half out of 5 for the Health Science Library in UCD! Thumbs up! =)