Pak Tam

Dublin Bus(DB) 1

In Life in Dublin on August 31, 2008 at 12:33 am

Kali ini cerita kita cerita tentang medium pengangkutan anda di Dublin ini. Nama pengangkutan awam yang paling terkenal adalah Dublin Bus. Berbeza dengan pelajar Malaysia di UK, memiliki kereta bukanlah suatu perkara yang biasa bagi pelajar Malaysia di Ireland ini. Jadi mahu tidak mahu, Dublin Bus bakal menjadi kenderaan kesayangan anda dulu, kini dan selamanya =)

Dublin Bus

Dublin Bus

Dublin Bus ini mengguna pakai beberapa system yang wajar anda ketahui. Kita akan cuba memahami setiap jenis system yang diperkenalkan secara perlahan-lahan. Sekiranya tidak faham, utarakan persoalan supaya boleh kita semua mencari jawapan. Kebanyakan Dublin Bus ini adalah bus jenis Double Decker (Dua tingkat). Bas memang selesa dan sangat mesra OKU.

1. EXACT FARE

Dublin Bus hanya menerima COINS sahaja. Duit kertas tidak akan dilayan sama sekali. Katakanlah perjalanan anda menelan belanja 1.70 eu dan syiling yang anda ada hanyalah 2.00 eu, maka tidak menjadi masalah. Cuma baki 0.30 sen itu tidak akan diberikan secara tunai, sebaliknya akan diberikan dalam bentuk kupon. Kupon tersebut boleh dituntut di Bangunan Bus Atha Cliath bertentangan dengan Restoran Pulau Pinang di Dublin.

Tempat menuntut baki anda

Tempat menuntut baki anda

2. KADAR BAYARAN

Tambang anda akan ditentukan berdasarkan jumlah stages yang anda lalui. Atau lebih mudah lagi, jumlah bus stop yang anda lalui:

Stages Travelled Cash Fare
1 – 3 €1.15
4 – 7 €1.60
8 – 13 €1.80
14 – 23 €2.20

Terdapat perbezaan antara tambang kanak-kanak dengan orang dewasa. Kadar yang ditunjukkan di atas adalah kadar tambang orang dewasa.

3. MENUNGGU BAS

Anda hanya boleh menunggu bus di tempat yang disediakan sahaja. Bus yang bernombor 11 tidak akan berhenti di tempat bas nombor 10. Untuk melihat tempat berhenti bas tersebut, anda hanya perlu melihat tiang tersebut(rujuk gambar). Bukan bawah pokok, bukan juga menunggu bawah bangsal goreng pisang macam kat Malaysia.

Nombor bas yang akan berhenti/melalui sini.

Nombor bas yang akan berhenti/melalui sini.

4. STOP

Semacam bas yang biasa anda naiki di Malaysia, untuk memberhentikan bus ini, anda hanya perlu menekan loceng. Namun harus diingat, bus hanya akan berhenti ditempat yang telah dilabel tempat berhenti tersebut. Contohnya, katakanlah anda sedang menaiki bus nombor 11, dan anda menekan loceng untuk berhenti. Bus tidak akan berhenti selagi mana tidak ada papan untuk bus tersebut berhenti.

Nantikan DB 2 tidak lama lagi =)

  1. bus 16A! sure bdk2 groove tulis ni. tak pun bdk rsci yg malas tukar bus kat eden quay. haiyo.

  2. tapi yang tak syioknyer, every year asyik naik jer tambang bus.. ingat lagi dulu time awal2 dtg 2006, nak ke city centre 1.20 jer.. skrg dah naik 1.50.. tahun ni mesti naik lagi. haih…

  3. tambang bas mahal. naik beskal lg jimat!!! haha.

  4. Salam,
    Ni KNani from Malaysia. Blh nak tanya,ada kawan dekat Cork tak?Insya Allah akan ke sana hujung January. Tp taktau nak refer sape. Thank you in advance!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: