Pak Tam

2M2D – Siri 4

In Life in Dublin on August 29, 2008 at 8:46 pm

Assalamualaikum wbt,

Eden ‘rebranding’ entri eden daripada ‘Makan-makan di Dublin’ ke short form yang lebih ‘catchy’ dan ‘cool’. Mulai saat ini, entri eden lebih dikenali sebagai ‘2M2D’. Eden telah menerima banyak cadangan untuk memasukkan lagi beberapa buah restaurant halal di Dublin dan cadangan ini akan eden pertimbangkan. Ok berbalik kepada main objektif kita iaitu MAKAN, insyallah kali ini eden akan membawa ekau melawat 2 lagi tempat makan yang famous di Dublin.

1. Rico’s

Satu nama yang gah di persada permakanan Dublin. Jika ekau tanya sesiapa sahaja (Malaysia sahaja) pasti semua mengetahui di mana kedainya dan ke’masyuk’kan makanannya. Sungguh enak dan menyegarkan. Kedai yang terletak di 26 Richmond street, Dublin ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Jika ekau ke sana jangan lupa memesan masakan specialitynya iaitu Taco Fries. Dengan hanya 3.99 euro, inilah makanan ‘budget’ terbaik sekali di Dublin. Fries dan daging cincang goreng disaluti dengan cream mayonise dan cheese cair mampu menaikkan nafsu makan raksaksa ekau. Silap hari bulan, mungkin ekau siap ‘tapau’ bawa balik rumah dek penangan Taco Friesnya.

taco fries 08.04.07 rico's dublin

Taco Fries, kegilaan remaja di Dublin

Dekorasi kedainya pula santai dan mirip American style membuatkan ekau rasa seronok dan teruja untuk menikmati hidangan yang disediakan. Selain itu, pekerja-pekerja di situ sememangnya ramah terutama dengan pelajar Malaysia dan silap ari bulan, jika ekau sebut nama eden mungkin boleh dapat free kot hehehe (Siapakah eden ? Yang dah tahu jangan bising2 hahaha).

quarter pounder meal 08.04.07 rico's dublin

Quarter Pounder Meal

Kedai ini dibuka sehingga jam 2 pagi, diulangi 2 pagi dan merupakan antara tempat ‘hang out’ utama pelajar Malaysia yang berbilang Uni di Dublin ini. Ok, sila-silalah menjengah ke kedai ini ya.

Food – 8/10

Decoration – 8/10

Cleanness – 7/10

Overall – 8/10

Ok kedai kedua kita jeng jeng jeng…..

2. Iskander’s Kebab House

Jeff wanted a Kebab really bad..it didn't work out tho

Once known as the best kebab in Dublin by Dubliner Magazine. Right now still serving the best kebab in Dublin and probably one of the best kebab in the world. Kedai yang terletak di 29-30 Dame Street, Dublin, Ireland 2 sememangnya dikenali di peringkat nasional. Lokasinya sememangnya strategik iaitu di hadapan kesibukan Dame street ( Ada orang kata Damn street sebab selalu jam teruk area ni ) dan berhampiran dengan Trinity College Dublin. Kedai ini antara tempat hang out utama pelajar-pelajar TCD. Dari perspektif resepi dan makanan di sini, kedai ini mencedok resepi daripada South Asian (Pakistan, India dan negara yang sewaktu dengannya). Masakan South Asian sememangnya kegemaran eden kerana aroma rempah ratus dan kelembutan dagingnya pasti membuatkan ekau termimpi-mimpi kelazatannya. Antara menu kegemaran eden di kedai ini adalah Shawarma dan merupakan salah satu speciality kedai ini.

IMGP2783

Staff yang ramah penyeri Iskander’s Kebab House

Owner kedai ini adalah muslim dan mempunyai satu lagi kedai makanan Halal sederet dengan kedai ini tetapi berlainan entiti. Insyallah eden akan kupas kedai yang satu lagi ini pada entri seterusnya. Harga di sini amat berpatutan. Namun begitu, eden cadangkan ekau poi makan waktu siang kerana kedai ini amat ‘bz’ dan sesak pada waktu malam. Ini kerana menerima kunjungan tetamu yang kelaparan dan tidak diundang.

Shawarma Style!

Meat or Chicken Shawarma ?

Food/Meal – 9/10

Decoration – 8/10

Cleanness – 8 / 10

Overall – 8 / 10

OK sampai di sini sahaja entri eden pada kali ini. Jadi sudah 4 episod kita bersama dan 8 buah restaurant telah kita jelajahi. Semoga ekau mendapat gambaran yang lebih jelas bahawa tak susah hidup di Dublin malahan tidak keterlaluan eden kata, ekau mampu hidup bahagia seperti di Malaysia hehehe. Sehingga bertemu di episod seterusnya dan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Teruskan bersama 2M2D untuk paparan restaurant yang menarik next entry !!!

Wassalam

IRoN ChEF 218

  1. taco fries?!! e…muak! kenyang gile…nanti jd gemok sbb bnyk cheese…😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: