Pak Tam

Makan-makan di Dublin – Siri 3

In Life in Dublin on August 27, 2008 at 9:20 am

Assalamualaikum wbt,

Lama eden tak update makan-makan di DUblin. Eden mohon maaf kerana sejak kebelakangan ini sibuk dengan urusan peribadi dan undangan ke majlis-majlis lain di sekitar Dublin. Buat masa ini ada tetamu VIP daripada Syria buat pengambaran di Dublin jadi eden perlulah menjadi chef untuk tetamu istimewa ini. Insyallah edisi kali ini eden akan membawa ekau ke dua lagi lokasi makan di Dublin.

1. Kebab Klub

Kebab Klub

Kebab Klub atau lebih famous lagi K-Klub adalah satu entiti yang begitu sinonim dengan pelajar-pelajar Malaysia di Dublin terutamnya di kalangan pelajar RCSI dan  DBS. Ini kerana lokasinya terletak di hadapan Mercer Court Clinic dan bersebelahan dengan RCSI’s Mercer Library menjadikannya lokasi utama pelajar RCSI dan DBS menikmati juadah yang disediakan. K-Klub merupakan destinasi utama student dan masyarakat setempat terutama pada waktu lunch. K-Klub ni memang bijak dan bertuah sebab 1. Mahal macam mana pon confirm akan ada orang Malaysia datang makan kedai dia. 2. Tak sedap macam mana pon, orang complain macam mana pon, confirm ada orang Malaysia akan datang makan juga. So kedai ni maybe Master dalam bidang Marketing dan Sosiologi terutama pengkhususan tentang tamadun Malaysia hehehe……

Döner Kebab at Vrisaki in Wood Green.

Doner Kebab

Makanan di sini lebih kurang Momo’s Kebab House (Sila rujuk entri sebelum ini) iaitu bersifat Middle Eastern cooking style cuma terdapat unsur Persian di situ. Harganya juga berpatutan cuma eden perasan maybe kos bahan mentah mahal sangat jadi kuantiti pon sikit je. Dekorasi yang menarik dan happening merangsangkan lagi nafsu makan ekau di sini nanti cuma di upper floor tiada apa-apa sangat. Hah eden nak gosip skit pasal student kita di sini, ada satu study group daripada RCSI ini sebab terlalu obsess bukan obese dengan K-Klub ni sampai buat study group kat upper floor kedai ni. Katanya senang nak makan. Haih macam-macam budak-budak Dublin ni . Oklah mari kita tengok rating kedai ni.

Makanan – 7/10

Dekorasi – 8/10

Kebersihan – 7/10

Overall – 7/10

Kedai makan kita yang kedua pula ialah…..

2. Sultan Kebab House

DSC01422.jpg sultan kebab restaurant image by affick

Eden baru perasan, kebanyakan kedai makan yang eden poi sume kedai Kebab. Ah lantaklah janji halal dan kenyang. Sebenarnya banyak je kedai makanan yang lain tapi ekau ada dua option jela, seafood atau vegeterian. So kalau ekau nak makan ayam dan daging silalah ke kedai-kedai yang eden cadangkan. Lagipun, masakan Timur lebih sodap daripada masakan barat. Ok berbalik ke kedai kita iaitu Sultan Kebab House. Kedai ini terletak di George’s Street bersebelahan South Street Restaurant.

MixeD KebaB

Mixed Kebab

Masakan di sini memang superb. Setiap kedai Kebab di sini cuba menampilkan identiti yang tersendiri melalui dekorasi kedai dan juga masakan mereka. Oleh itu, jika ekau poi sume kedai yang eden cakap mesti ekau boleh beza rasa makanan setiap kedai. Kedai ini menampilkan kebab versi Turki di adun dengan masakan ala Mediterranean. Harga yang berpatutan dan layanan yang baik sudah cukup menambat hati ekau untuk terus mengunjungi kedai ini. Namun dekorasi yang hambar boleh menghilangkan mood makan ekau. Walaubagaimanapun kelazatan buah kurma eh silap kebabnya pasti memukau sesiapa sahaja. So just taste it first and comment later….

sultankebab-1.jpg sultan kebab image by affick

Chicken Kebab Roll yang lazat…yum3

Food not Fool – 8/10

Decoration – 6/ 10

Cleanness – 7 / 10

Overall – 7 /10

Ok sampai di sini yang eden mampu kongsi. Insyallah edisi kemudian akan menyusul tidak lama lagi. Maka nantikan kemunculannya.

Wassalam

IRoN ChEF 218

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: