Pak Tam

Pose…camne yea?

In Life in Dublin on August 25, 2008 at 8:00 am

Ramadhan di Dublin

Wah…dah hampir Ramadhan ek? Citer sket la pasal ramadhan ini. Ok 1st skali..tarikh start pose. Basically anda akan dapat sms dari wakil Lajnah Tarbiyah dan Dakwah PPIMI announcing the start of fasting season. Dan LTD PPIMI mengikut apa yang ditetapkan oleh pihak berkuasa di Dublin. Rujukan adalah kepada ICCI dan Dublin Mosque. So jangan risau bab bile nak pose ye =)

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Takwim bukak pose jugak biasanya boleh didapati secara percuma atau dapatkan terus takwim 1 tahun dari ICCI.Takwim die cantikkk…biasanya kalo bulan lapan nie takwim akan diberi secara percuma setiap kali selepas solat Jumaat. Kalo awal tahun kene beli, dalam 1-2 euro. Sekiranya tak dapat takwim then boleh download Athan software kat islamicfinder. Kekadang waktu solat kat islamicfinder lari sket, so x reliable sgt la kalo anda ni jenis yang inginkan ketepatan yang tulen.

Bukak pose?

Well kalo pose musim sejuk…bukaknya awal..dalam kul 5-6pm dah bukak dah…tapi tahun ni nampaknya puasa jatuh sebelum musim sejuk so panjang la sket yea…huhu. Tapi tak matinya, insyaAllah, sebab anda hanya pergi class je..kalo buat rotation kat clinic tu mungkin letih sket.

Bukak pose ni dipanggil IFTAR. Dekat ICCI, IFTAR diadakan secara PERCUMA setiap hujung minggu. Bessstt. Lauk ayam,kambing! Mantap! Selalunya ada nasi lebih so bolehla bawak balik buat sahur tu. Menjadi satu kebiasaan di Dublin nie, setiap kali masuk waktu akan ada kurma dan air mineral or air susu yang dibekalkan..then after breaking the fast, solat dulu then baru turun ke hall untuk makan nasi.

Di Dublin Mosque pulak, IFTAR adalah SETIAP HARI. Ulangan, SETIAP HARI! Kat sini makanan yang dihidangkan adalah nasi beriyani superb. Tak caye tanyela sape-sape yang pernah berkunjung ke Dublin. Pendek kata tak sah kalo anda tidak cuba menikmati hidangan nasi beriyani Pak Usop ni. Hari biasa, satu nasi would cost you 6-7 euro, tapi for the whole Ramadhan, anda boleh dapatkan secara percuma. Makan ramai-ramai dalam talam..best!

Terawih

Terawih. Tak kisah buat lapan atau 20, yang penting satu juzuk satu malam =) sekiranya umah anda agak jauh dari masjid, maka jangan la pulak tinggalkan terawih. Rugi. Boleh buat kat rumah sendiri. Cam aku sendiri, tahun lepas umah aku agak jauh dari masjid, about 15-20 minutes by bus, so ape yang kiteorang bwat adelah menghidupkan terawih di rumah secara berjemaah. Tak susah pun, learn all the rukun then you’ll find that it’s not as complicated as you would imagine. Bile lagi umah di Ireland nak mendengar bacaan Al-Quran? Manela tau kot-kot dengan bacaan anda, jiran sebelah umah tertarik dan masuk Islam. Subhanallah. Besarnya pahala anda.

Solat Terawih di Dublin Mosque

Solat Terawih di Dublin Mosque (dari Tawel Sensei)

10 malam terakhir menyaksikan masjid-masjid mengadakan qiamulail..di ICCI, akan diberikan satu borang untuk siapa yang berminat, tempat tidur disediakan. ICCI ni besar giler, so anda tidak akan tidur di dewan solat tapi anda akan tidur di bilik yang dikhaskan untuk qiam. Sahur dan berbuka ditanggung sepenuhnya oleh pihak masjid. You do not have to pay for anything. Senang kan?

Syawal tiba

Dah tibe ari raye…sob..sob teringat mak ayah kat kampong, adik beradik sedang main mercun..sepupu dan kengkawan…lemang, ketupat..perghh bestnye dok Malaysia yea.. Ala jangan bimbang, sedih tu biase la kan, sedih anda sedih berteman bukannya keseorangan =)

Solat Hari Raya

Selepas solat Aidilfitri di ICCI

Malaysian Hall akan mengadakan solat hari raya untuk meraikan pelajar-pelajar Malaysia di cnie. Solat hari raya di ICCI dan Dublin Mosque berjalan cam biase. Kalo di ICCI, after solat tu ade sedikit jamuan ringan cam kek. Apapun, the first thing that you would notice if you go to the ICCI or Dublin Mosque is the Takbir. Takbir dieorang x mendayu-dayu cam kite punye.

Menuju Rumah Haji Fauzi

Menuju Rumah Haji Fauzi

Kendian..sebaik sahaja selesai solat, sume dijemput berkunjung ke rumah Haji Fauzi yang terletak di Clonskeagh Road. Haji Fauzi ni merupakan rakyat Malaysia yang dah lame menetap di Ireland ni. Every raya, die akan buat open house untuk meraikan sume rakyat Malaysia di Dublin esp students. Percume je..huhu. Terima kasih Haji Fauzi sekeluarga.

Selesai la sudah makan di situ, maka akan anda dialu-alukan untuk berkunjung ke rumah kengkawan. Jalan-jalan. Ada yang buat open house ari tue jugak, ade minggu depan. Pendek kata, dalam 1-2 minggu after raya tu, selalunya banyak open house…tinggal lagi nak pegi or tak nak.

Kesimpulan

Itu je la citer sket-sket pasal raya@Dublin nie..walaupun berjauhan dengan keluarga tapi sambutannya tetap meriah. Sebenarnya xdela jauh sangat sbb boleh je kalo korang nak call mak ayah, kalo nak tengok wajah bonda tercinta, buat je panggilan 3G…takpun kalo nak jimat sket buat video conference pakai YM..manfaatkan teknologi around you…ok la cau dulus..jangan sedih yea =)

  1. salam, wah, best nyer dpt
    stdy kat dublin.. stdy elok2..
    sbb x sume dpt peluang mcm sdare..
    yep.. biler balik msia.. hit me back kay..

  2. salam
    meriah saya lihat sambutan raya di sana
    tahniah dapat rasa beraya di tempat orang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: