Pak Tam

Makan-makan di Dublin – Siri 2

In Life in Dublin on August 21, 2008 at 10:58 pm

Assalamualaikum wbt,

Siri kali ini eden nak bawa ekau melawat lagi dua kedai makan yang HALAL di Dublin iaitu Zaytoon dan juga MoMos’s Kebab House. So, eden malas nak mengulas banyak-banyak jadi kita terus ke restaurant halal kita yang pertama.

1. Zaytoon

22399_zaytooncamden.jpg image by affick

Kedai zaytoon ini terletak bersebelahan Boyle’s sport di Lower Camden Street. Kepada mereka-mereka yang tinggal di Rathmines, Kimmage, South Circular Road dan kawasan yang sewaktu dengannya, ekau pasti akan melalui jalan ni dan ekau pasti akan terjumpa kedai ini sebab kedai ini memang tepi jalan pon. Kedai ini ‘speciality’nya adalah masakan Persian. Ala sebenarnya lebih kurang je pon dengan kedai kebab-kebab yang lain. Antara makanan kegemaran eden jika berkunjung ke restaurant ini adalah ‘Zytoon Barg Kebab’ dan ‘Zaytoon Chicken Shish Kebab‘. Kedua-dua masakan itu merupakan masakan special mereka dan antara yang terkenal di Dublin.

Zaytoon Chicken-Shish-Kebab (House Speciality)

Ini Zaytoon Chicken Shish Kebab ( House speciality)

Zaytoon Barg Kebab

Ini pula Zaytoon Barg Kebab ( Juga house speciality)

Dekorasi dalaman kedai ini nampak eksklusif dan anggun. Oleh itu, buat mereka pertama kali yang datang pasti rasa dah nak kena ‘kapak’ dengan kedai ini sebab macam mahal sangat. Actually, kedai ini taklah mahal sangat tapi kalo nak makan hari-hari, muntah darah gakla nak bayar sebab boleh tahan harga menu dia. Namun, bila lagi nak merasa masakan persian yang eksklusif melainkan ekau poi timur tengah. Hah kat sana ekau ‘tibai’ puas-puas masakan orang sana. Ok macam biasa. Kasi rating skit….

Masakan – 8/10

Dekorasi – 8/10

Kebersihan – 8/10

Overall – 8

Ok destinasi kedua kita adalah Momo’s Kebab House

2. Momo’s Kebab House

Momo's Kebab House

Momo’s dikala malam ternanti-nanti

Momo’s Kebab house ini terletak di Aungier Street, Dublin berdekatan dengan RCSI dan juga Dublin Business School aka DBS. Kedai makan ini merupakan salah satu tempat ‘hang out’ utama ‘student-student’ RCSI dan DBS kerana lokasinya yang strategik dan harga yang berpatutan. Masakannya pula lebih kepada ‘Middle Eastern style’ dan eden rasa ada Egypt ‘twist’ di situ. Antara makanan kegemaran eden di kedai ini adalah ‘Tandoori Rice’ kerana banyak dan paling murah di Dublin. Hanya Euro 5.99 berbanding kedai-kedai lain yang agak mahal sekitar 8 – 10 euro sepinggan. Kedai ini lebih kepada canteen environment. Oleh itu, sesuai untuk ekau yang berjiwa remaja duduk makan dan berborak macam di ‘mapley’. Kedai ini juga antara yang paling pemurah ‘in term of quantity’ makanan yang disediakan. Dengan hanya sepinggan lauk, ekau boleh berkongsi dengan seorang lagi ‘member’ ekau. Hah apo lagi, datang jangan tak datang ewah !!!

DSC01420.jpg momo'skebab house image by affick

Momo’s dikala siang tercari-cari

Namun, harga minuman di sini agak mahal sehingga kadang-kadang sekali ganda  daripada harga kedai runcit tepi jalan. Jadi eden cadangkan, ekau belilah minuman kat kedai  lain. Ada kedai runcit Halal sebaris dengan Momo’s ini harga minumannya dalam botol dan tin hanya  0.99 euro sahaja. Oklah eden pon dah kenyang dan macam biasalah tugas eden nak kasi rating.

Makanan – 8/10

Dekorasi – 5/10

Kebersihan – 6/10

Overall – 6

Oklah sampai di sini sahaja rancangan Makan-makan di Dublin. Insyallah esok eden akan bawa ekau poi kedai-kedai makanan halal yang ‘famous’ di Dublin lagi. Sebarang komen atau cadangan amat dialu-alukan. Selamat mencuba.

Wassalam

IRoN ChEF 218

  1. hmm.. dah 6 thn cheq dok kat ireland, cheq tak pernah makan lagi kat zaytoon ni.. sedap eh.. kene try ni b4 balik msia for good nanti..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: