Pak Tam

Mercer Court dulu,kini dan selamanya..

In Life in Dublin, RCSI on August 20, 2008 at 11:23 pm

by: ASMB

Assalamualaikum.

Maaf membisu sebentar. Sibuk mengemaskan barang untuk pindah rumah. Tiba-tiba terjumpa beberapa articulate lama (mug, kalendar gambar) yang digunakan sewaktu di Mercer Court dulu. Hmmmm… so ingat nak tulislah tentang Mercer Court. Semacam review plus anecdotes, untuk sahabat-sahabat yang akan datang nanti.

Tulisan ini adalah untuk pelajar-pelajar yang akan datang ke RCSI. Akan tetapi, infonya lebih kurang sama untuk pelajar-pelajar yang akan datang ke Trinity College dan University College Dublin. Atau untuk skop yang lebih besar lagi, pelajar-pelajar baru ke Ireland atau UK nanti.

Oh ya, jika ada mana-mana info yang kurang tepat, jangan segan-segan tegur ya senior-senior yang lain.

Pengenalan
Well, Mercer Court adalah kediaman kampus RCSI (on-campus accomodation), walaupun sebenarnya RCSI tidaklah ada kampus seperti di UCD Belfield. Seperti sahabat-sahabat di Trinity College berseloroh, RCSI adalah sebuah kotak kasut di tepi St. Stephen’s Green yang menghijau… selain Mercer Court, RCSI juga mempunyai atau ada endorsement dengan on-campus accomodation yang lain – Griffith College, Phibsborough, Lad Lane Apartment… tetapi tidak ada yang sehampir Mercer Court.

Sewaktu academic term Mercer Court menjadi tempat penginapan pelajar, manakala apabila bermulanya cuti musim panas, ia menjadi pilihan pelancong-pelancong, yalah di tengah-tengah kota Dublin… boleh buat duit apa!

Sejarah Mercer Court
The whole site previously was a hospital – Mercer Hospital. Sekarang ia menjadi Mercer Court, Mercer Library, Mercer Health Centre, dan sebuah hotel lagi (tak ingat namanya). Sebab ia dulu hospital, jadi ada riwayat yang menyatakan anda akan terjumpa benda pelik-pelik, ya ada benarnya, saya akan nukilkan di bawah heading yang lain…

Mercer Court – Lokasi
Mercer Court terletak hanya 30++ saat berlari dari kolej – ya sayalah buktinya, berlari pecut dari dewan kuliah O’Flanagan Theatre ke bilik mengambil dompet yang tertinggal suatu ketika dahulu. Kalau berjalan, 3-4 minit jauhnya. Pendek kata, sepelaung jauhnya.

Kemudahan beli-belah juga amat dekat. Stephen’s Green Shopping Centre letaknya bersebelahan saja. Di dalamnya Dunnes Store ada dijual kemudahan asas dapur – bawang, susu, halia, roti dsb. Bagaimana pula dengan barang-barang exotik? Yalah, serai, lengkuas, tempe, tauhu basah, tauhu kering, cili kering hatta durian sekali pun. Jangan bimbang, kerana ada 2 kedai oriental – Asia Market dan Oriental Market yang pekedainya sudah biasa dengan Malaysian. Sebut pasal biji sagu (tapioca pearls) pun dia tahu!

Dan yang paling penting, Mercer Court adalah bersebelahan dengan Mercer Library, perpustakaan RCSI. Jadi anda boleh menyerbu masuk sebaik saja pustakawan membukanya di pagi hari, dan pulang setelah security guard memaksa anda keluar pada lewat malam. Pendek cerita, senang nak study di library. Ini adalah sebab utama ramai yang ingin tinggal di Mercer Court. Barulah boleh dapat first class or medal!

Walaupun Mercer Court memang di tengah-tengah prime location, tetapi saya fikir ia tidak berapa prime jugalah…. sebabnya ia terletak jauh dengan Dublin Mosque. It would be a perfect accomodation for me kalaulah ada masjid berhampirannya. I believe this is quite an important criteria untuk memilih rumah sewaktu bekerja kelak.

Tapi anda jangan gusar, anda boleh solat berjemaah hari-hari di surau RCSI, yang terbesar di Ireland. Kawan-kawan yang tekun menelaah di perpustakaan pun turun solat di situ – dulu ada ura-ura nak bina surau di library tapi tak jadi sebab tak cukup ruang. Oh ya, Solat Jumaat juga ditunaikan di surau RCSI. Hmmmm… sewaktu bulan Ramadan nanti… (hmmm cepat betul masa berlalu), anda boleh solat Terawih berjemaah di situ.

Mercer Court & Millin House
Mercer Court menawarkan 2 jenis penginapan. Yang pertama dan paling mahal, adalah Millin House, sebab layoutnya seperti hotel. Yang kedua, Mercer Court, yang berbentuk flat, murah sedikit.

Ya, Millin House layoutnya seperti hotel, sebab anda boleh pilih bilik single atau duplex (duduk 2 orang), dan fully-equipped with bathroom, study desk, cable TV, internet connection, telefon (boleh telefon rakan-rakan lain di Millin House dan Mercer Court) dan yang penting, wardrobe yang besar.

Millin House ada 4 tingkat, dan setiap tingkat mempunyai 5 bilik (4 single 1 duplex), Warga setingkat akan berkongsi kitchenette/pantry – ada sinki, microwave, dan fridge kecil. Di kitchenette inilah anda meletakkan periuk nasi automatik, toaster, boiler, deep-fryer, dsb. Anda diharamkan dari menggunakan perkakas dapur di dalam bilik atas sebab bahaya kebakaran. Kang terbako, eden juga susah!

Untuk memasak, di basement ada dapur yang lebih proper -bigger sink, 2 cooker (hot plate, bukan dapur gas atau induction) + oven, bigger fridge, freezer (saya gelarkan freezer mayat sebab besar… boleh letak mayat) dan meja-meja makan. Hmmm… sesuai untuk candle-lit dinner…

Bab dobi? Ada 2 mesin basuh yang menggunakan syiling beserta 2 dryer berasingan. Untuk dry cleaning, ada kedai dobi berhampiran, pun sepelaung jauhnya.

Bagaimana pula dengan Mercer Court?
Mercer Court, seperti yang telah saya sebutkan, layoutnya sebuah unit flat. Ada 4 bilik single (but no TV) kecil sedikit dari single Millin House, common room (your TV is there), dan dapur yang lengkap – sinki, hot plate, oven, microwave, washer-dryer (mesin basuh dan kering 2 dalam 1).

Memohon dan Yuran Mercer Court
Ada di website rasmi. Untuk bil elektrik, akan dikira pada akhir tahun nanti. Kalau selalu sangat pasang heater mungkin kena bayar. Jika pandai berjimat, pentadbiran Mercer Court akan refund.

Anda mesti menghantar borang permohonan seawal yang mungkin, sebab Mercer Court ini ‘hot-stuff’. Borang boleh anda dapatkan di website rasmi Mercer Court.

Oh ya, ini amat penting – Anda boleh minta anda ditempatkan bersama-sama sahabat yang anda kenal di dalam satu unit flat jika anda mahu. Adanya sahabat yang sekepala dan sefahaman mengelakkan anda pening kepala sentiasa melayani kerenah rakan seunit nanti…

Surviving in Mercer Court & Millin House
Sewaktu saya menginap di sana dahulu, saya hanya membelanjakan EUR20 sebulan untuk makan malam – nasi berlaukkan ayam, sayur, telur, dan minuman (teh/kopi/ jus). Untuk sarapan pagi, dan makan tengah hari, itu boleh diuruskan sendiri.

Secara kasarnya, dalam sehari, anda bersarapan dengan sandwich, makan tengah hari dengan donat coklat dan salad, manakala dinner, nasi berlaukkan ayam masak lemak cili padi, sayur goreng, telur rebus dan air kopi ‘O’ (espresso). Of course, anda boleh saja nak merasa masakan Itali atau dari negara lain seperti lasagne, pasta bake, bolognese dan sebagainya. Resepi banyak di internet. Seminggu sekali bolehlah mendermakan seafood atau daging untuk semua. Jadi taklah muak sangat, kan?

Jadi, bila masak beramai-ramai, kosnya memang murah… anda boleh berjimat untuk kegunaan lain – contohnya buku-buku selain buku akademik (buku agama, current issues, novel, self-help etc.), jalan-jalan, souvenir untuk keluarga, umrah & ziarah (which I did, savings made when I was in Millin), dan macam-macam lagi.

Masak secara berjemaah, bergilir-gilir
Caranya: Ramai Malaysian yang tinggal di Mercer Court, jadi anda boleh berpakat untuk bergilir-gilir masak dinner. Lebih ramai, lebih murah kosnya. Jadi kalau ada tujuh orang seperti waktu saya dahulu, contohnya begini – Isnin Ali, Selasa Abu, Rabu Atan, Khamis Ahmad, Jumaat Abdul, Sabtu Ismail, dan Ahad Kadir. Perempuan pun boleh join sekali, tapi kena pandai segankan diri dan tahu batasnya – I am referring to both sides, laki-laki mahupun perempuan.

Bila beramai-ramai, duty roster perlulah ada, yalah as a team untuk terus hidup. Ada yang menjaga bab bekalan ayam (dahulu saya kena uruskan sebab membeli ayam secara borong), bab kemas dapur, bab tong sampah, bab beras (10kg or 20kg), bab beli keperluan memasak (sayur-mayur, minyak masak, sos tiram etc.).

Oh ya, jangan lokek untuk berkongsi rempah ratus yang dibawa dari tanah air (udang kering, ikan bilis, cili kering, ikan masin, asam keping, keropok ikan etc.), mahu pun resepi-resepi baru. Takkanlah anda nak makan ikan bilis 2kg seorang diri… atau pun mengunyah ikan masin sewaktu mengulangkaji pelajaran…

Belajar masak? No problem!
Bila sebut bab resepi, selain persediaan akademik dan mental, anda belajarlah beberapa resepi baru dari ibu sebelum ke mari, terutamanya kepada perempuan. Luangkan masa duduk di dapur menolong ibu masak. Kalau lelaki tak berapa mahir nak masak mungkin boleh dimaafkan… kalau perempuan, hmmmm…. confirm kena reject!

Belajarlah menyediakan lauk-lauk mudah seperti sambal tumis, kari, kurma, lemak cili padi, masak merah, masak kicap, sup ayam, padprik, dan tomyam. Jenis-jenis lain nasi pun, apa salahnya. Pendek kata, biar mahir lebih dari satu lauk. Tidaklah nanti hari-hari lebih kurang sama saja lauknya – Isnin kari ayam, Selasa kari ayam tapi banyak kentang, Rabu kari ayam tapi pedas sikit, Khamis kari campur kurma ayam, Jumaat kari Pakistan ayam, dan seterusnya… kari kari kari…

Atau masakan anda menjadi sungguh tidak sedap sehingga tidak lalu sahabat-sahabat anda makan. Selalunya jadi tak sedap, apabila kita memasak dengan tidak bersungguh. Pendek kata – Masak cincai dan lebih kurang gitu-gitu. Hasilnya – sup ayam jadi macam air rebusan ayam, sambal tumis menjadi pes cili boh… dan macam-macam lagi… tak kering gusi dibuatnya.

Jika anda masih tak berapa mahir masak ketika anda sudah berada di sini, jangan gusar atau putus harapan. Tanyalah sahabat-sahabat yang handal. Di Internet contohnya Resipi.iluvislam , Mesra.net, The Star Online, dan macam-macam lagi; pun banyak resepi untuk dicuba, dari semudah nasi ayam hinggalah sekompleks nasi kerabu…

Masak sedap-sedap = tolong kawan
Bukankah ia satu perkara yang membanggakan jika masakan anda boleh mengurangkan stress sahabat-sahabat anda setelah seharian menelaah? Bayangkan anda balik penat-penat, dinner yang menanti adalah nasi berlaukkan ayam padprik dan kailan ikan masin… dan ada pula yang menyedekahkan kek buah sebagai pencuci mulut. Heh, terus semangat nak stay up semalaman!

Apa-apapun, take this as a challenge. Itu baru namanya persahabatan yang indah…

Kebersihan
Bab kebersihan diri saya rasa semuanya maklum. Semak-semak sikit no problem, jangan sampai jadi pengotor… enough said, kita semua dah besar.

Hidup berjiran/beramai-ramai
Selalunya semuanya ramah mesra belaka, cuma ada juga yang kureng. Tidak kiralah di Mercer Court atau Millin House. Alahai… mana-mana anda duduk sekali di dunia ini ada saja mehnahnya. Yang tiada apabila kita di syurga nanti. Jadi, jika anda terjumpa dengan orang-orang yang makan tinggal tak basuh, tak pernah ambil pusing tentang duty roster untuk buang sampah, dan sebagainya, anggaplah ia sebagai dugaan, asam garam kehidupan perantau di bumi asing ini. Tapi jangan senyap saja, speak out!

Ada juga masanya terpaksa biarkan saja. Seperti weekend party yang semestinya menggegarkan unit flat sebelah. Nak buat macam mana, memang mereka suka berparti. Lantak pi la! Dan jika anda serumah dengan mat saleh mungkin anda perlu melayani kerenahnya ketika mabuk! Contohnya – mengarahkan kawan anda yang mabuk terhuyung-hayang masuk ke bilik… Heh dah lagu tu… nak buek macam mana?

Perkara-perkara pelik di Mercer Court & Millin House
Sebagai seorang Muslim, saya yakin adanya alam ghaib. Ada dalam rukun imam… kan? Jadi kalau ada, well adalah, kalau ia tak ada, tak perlu nak mencari-cari… banyak lagi kerja berfaedah yang anda boleh lakukan.

Sepanjang menginap di sana, Alhamdulillah tidak ada gangguan dari makhluk ghaib. Yang ada, makhluk yang kita nampak ie. manusia yang kadang kala bising dan mabuk. Oh well… akan tetapi ada satu insiden di mana rakan sekelas saya diganggu apabila dia berada di bilik. Jadi saya sebagai sahabat membantu – banyakkan berdoa kepada Allah, buat amalan-amalan yang ustaz & ustazah kita ajar dahulu, dan yakin bahawa benda-benda ghaib tidak berupaya membuat apa-apa selagi mana Allah tidak izinkan. Lagi pun, bukankah ini satu teguran dari Allah untuk kita sentiasa mengharap kepada-Nya?

Seeloknya ketika baru sahaja tiba di bilik anda, laungkanlah azan pada setiap penjuru, buat solat sunat dan berdoalah minta dihindari perkara-perkara yang boleh menggangu kita, baik dalam bentuk manusia mahu pun bentuk yang tidak kita nampak.

Alternatif bagi Mercer Court & Millin House – Hostel Lain atau ‘Duduk Luar’
Sila hubungi studentservices@rcsi.ie untuk maklumat lanjut. Alternatif lain seperti Lad Lane, Griffith Collge, dan Phibsborough, dan lain-lain yang tidak saya tahu pun ada. Layoutnya lebih kurang sama, cuma lokasi saja yang berbeza – tidaklah jauh, cuma tidak dekat. Namun, perjalanan ke RCSI amat cepat dan mudah dengan kerapnya bas-bas yang menuju ke pusat bandar seperti bas nombor 122 dan 19. Jika berbasikal pun dalam 7-10 minit lamanya.

Jika anda tidak mampu dari segi kewangan untuk duduk di Mercer Court, anda boleh duduk di luar dengan menyewa rumah atau flat di kawasan-kawasan berhampiran seperti di suburb South Circular Road, Harcourt, Jervis, St Patrick Cathedral, dan Christchurch.

Selalunya pelajar-pelajar akan menyewa rumah berempat – 2 bilik duplex, sebab kebanyakan rumah untuk 4 orang terletak di titik sederhana – tidak terlalu mahal, dan tidak terlalu ramai sehingga terasa sempit rumah. Nak duduk lebih boleh juga, berani buat berani tanggung, sebab ia mungkin melanggar perjanjian dengan tuan punya rumah.

Untuk mencari bilik single/bedseat (rumah satu katil yang lengkap dengan dapur dan bilik air) pada tahun pertama anda di sini, terutamanya kepada yang sudah berkahwin, agak mustahil, sebabnya sudah maklum – semuanya mahukan bilik single! Jika anda jumpa, Alhamdulillah, ia rezeki anda.

Ramai juga yang duduk lebih dari berempat hinggalah berbelas-belas, seperti di South Circular Road, Christchurch dan bagi pelajar University College Dublin, di Clonskeagh, Goatstown dan belah-belah selatan Dublin. Antaranya 218 (betul-betul di hadapan Dublin Mosque), 254 di South Circular Road, 45 di Clanbrassil St, Swifthall di Christchurch, dan lain-lain. Isu ‘kampung Malaysia’ selalunya timbul, saya fikir itu boleh disentuh dalam perbincangan yang lain.

Apa-apapun, IMHO, any house is a good house as long as you take care of it – keep it clean, nice and dandy. It is really childish duduk mengata rumah kau kureng, rumah aku best, and what not. Heh semuanya asam garam kehidupan. Bersyukur dengan apa yang kita ada, bukankah itu lebih baik?

Mencari ketenangan

Hidup di perantauan, lebih-lebih lagi jauhnya beribu-ribu batu, adalah ujian dan cabaran yang perlu ditempuhi semua. Take it easy, and slowly, step by step. Anda harus faham, kita terdiri daripada roh dan jasad… dan mestilah kita mahukan kedua-dua sihat, bukan?

Bagi yang beragama Islam, bagi menyihatkan roh anda, jagalah amalan fardhu dan wajib, lagi-lagi bab solat 5 waktu. Luangkan masa untuk amalan-amalan sunat seperti membaca Al-Quran beserta terjemahannya, paling kurang sehari sekali. Jika ada usrah/kumpulan diskusi ilmu, sertailah. Yang lain-lain, solat-solat sunat pun ringan-ringan tulang untuk buat. Kemudian, kuncilah jam loceng anda untuk bangun malam…

Yang penting sekali, amalan kita mestilah istiqamah atau konsisten. Untuk melihat sejauh mana prestasi diri, pada kalendar harian anda, buatlah tanda jika anda buat solat hajat hari ini, atau jika anda ter‘miss’ waktu subuh. Selepas seminggu anda lihatlah sendiri pada kalendar itu… dan muhasabahlah diri.

Di pusat bandar Dublin, ada beberapa masjid utama. Dublin Mosque, yang terletak di South Circular Road, merupakan masjid utama dan tertua di Ireland. Kita juga mempunyai Islamic Cultural Centre of Ireland yang terletak di Clonskeagh, tajaan Al-Makhtoum Foundation dari Emiriah Arab Bersatu. Di tengah-tengah kesesakan Henry St (berhampiran The Spire), kita ada Al-Madinah Mosque, berkat usaha peniaga-peniaga Indo-Pak, seperti juga di Blackpitts Mosque yang dibuka oleh Barry & Sons.

Bagi yang beragama lain, contohnya seperti Kristian, banyak saja denomination-denomination di sini. Ada Anglican, Prebysterian, Unitarian, Catholic dan sebagainya. RCSI juga mempunyai seorang chaplain, Reverend William McLaren yang boleh membantu anda mencari circles-circles. Untuk Buddha, Judaism, Hindu, Scientology, dan lain-lain agama, anda bolehlah bertanya kepada beliau untuk mencari tempat ibadat anda.

Ramadan di Dublin
Sehingga tahun ini dan untuk beberapa tahun lagi, bulan Ramadan akan jatuh semasa musim luruh, hinggalah awal musim sejuk (beberapa tahun dahulu). Secara ringkasnya, anda berpuasa sekejap sahaja, berbanding di tanah air yang terletak di garisan Khatulistiwa – lebih kurang 12 jam siang, 12 jam malam. Di sini siangnya boleh sependek dari pukul 7.40 pagi hingga 5 petang sewaktu musim luruh nanti. Puasa yang pendek!

Untuk berbuka puasa, Dublin Mosque menyediakan juadah berbuka puasa secara percuma sepanjang Ramadan – yup, hari-hari! Manakala untuk masjid lain, ada jadualnya. Biasanya kita berbuka dengan air mineral, kurma dan buah, diikuti dengan solat Maghrib berjemaah.

Setelah solat Maghrib, jemaah duduk berlima dalam satu kumpulan untuk menerima talam berisi nasi minyak dan Ayam Tandoori… sedapnya bukan main, sehingga ramai yang berbuka di masjid hari-hari! Tak berasap nampaknya dapur selama sebulan…

Selepas waktu Isyak pula, solat sunat Terawih berjemaah pula… ada masjid yang menunaikan 8 dan ada yang 20 rakaat, yang penting semua imam membaca satu juzuk Al-Quran… Oh ya, di sini tiada moreh. Moreh di rumah sajalah…

Pada 10 malam terakhir, ada Qiamullail. Solat sunat dari pukul 2 hingga 5 pagi, diikuti solat subuh… lamanya lebih sedikit sebab nak mengkhatamkan satu Al-Quran dalam 10 malam terakhir… memang survival of the fittest!

Know thy classmates & teachers

Semestinya antara wasiat-wasiat dari ibu-bapa, guru-guru, dan dari penaja-penaja, adalah supaya kita bergaul dengan masyarakat di sini. Yup, bergaul-gaul juga, tapi janganlah anda melampaui batasnya. Pendek kata, nilai yang baik kita ikut, yang buruk kita jadikan sempadan.

Berkenalanlah dengan rakan sekelas anda. Mula-mula tahu nama, kemudian tahu duduk mana, kemudian lama-lama boleh kongsi nota kuliah. Mereka pun bijak-bijak belaka, yalah, ada yang lepasan PhD in Pharmacology! Semuanya nak sama-sama survive by all means necessary. Hmmmm… persahabatan yang terjalin mungkin tidak serapat teman sebilik atau senegara, akan tetapi, lebih baik ada dari tiada langsung – Who knows they might become your host for conference you are attending in Washington sewaktu anda menjadi consultant nanti?

Hmmm… teringat pula kepada Victor, cina Kuantan yang bertandang ke bilik beberapa kali berborak-borak mengenai macam-macam perkara, dari isu kekeluargaan dalam masyarakat Tiong Hua hinggalah kepada isu sects dalam Christianity… Lobo pun sekali, dengan isu Palestin sampailah ke English Premier League (as of now saya memang tak ikut dah EPL, tertinggal keretapi). Those were the days…

Bagi guru-guru, jika anda kurang faham, tanyalah sama ada secara langsung, personal mahu pun email… they’re more than happy to enlighten you out.

Moving out of Mercer Court
Saya dapat menginap di Millin House atas sebab tiadanya contact dengan orang-orang di Dublin, dan Mercer Court ketika itu sudah pun penuh. As a result, I just applied and prayed hard, and Alhamdulillah, it was a relief. There goes one academic year living in Millin…

Pada akhir tahun akademik, saya mengambil keputusan untuk keluar dari Millin House. Ada pros dan cons duduk di dalam, sama seperti duduk di luar. Akan tetapi saya fikir I have made a good decision. Saya tidak benci duduk di dalam. Suka ada… Namun, saya nak merasa duduk di luar…

Akhirnya pada tahun akademik seterusnya saya menginap bersama 2 warga Pakistan di South Circular Road, another new experience. Tahun-tahun mendatang, saya tinggal bersama rakan sebangsa… Such a life, eh?

Final words
Ini adalah sedikit coretan dari saya, sebagai seorang yang telah berada di sini. Mungkin tak dapat cover semua, sebab ada banyak lagi rujukan teman-teman boleh lihat di website-website universiti.

Ia juga merupakan sebagai peringatan kepada saya di sini… Yang baik jadikan tauladan, yang tak elok, jauhilah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: