Pak Tam

Orang cakap VS Kami jawab

In Life in Dublin on August 11, 2008 at 1:36 am
Dublin di waktu malam

Dublin di waktu malam

Orang cakap   : Alamak…Dublin MAHAL la..miskin la aku camnie

Kami jawab     : Tidak dinafikan taraf hidup di Dublin agak mahal dibandingkan dengan Cork dan Galway. Namun:

  1. Pelajar-pelajar tajaan MARA/JPA mendapat 935 euro sebulan, berbanding pelajar-pelajar di tempat lain yang hanya mendapat 835 euro sebulan.
  2. Kuasa membeli (purchasing power) di Dublin agak tinggi. Anda masih boleh kenyang dengan hanya 1 euro.
  3. Bukan semua tempat di Dublin taraf hidupnya mahal. Di South Circular Road, anda mampu mendapat rumah sewa pada harga 250 euro sebulan seorang. Di Ballyogan, sewa rumah boleh didapati sehingga 200 euro sebulan seorang. Kawasan-kawasan yang mahal biasanya yang hampir dengan pusat bandar.

Orang cakap   : Camne ni..xde makanan halal..takkan nak makan biskut je

Kami jawab     : Makanan halal di Dublin boleh didapati di mana-mana. Restoran-restoran halal boleh didapati di pusat bandar dengan mudahnya. Terdapat ramai orang Pakistan dan India yang membuka gerai menjual daging dan ayam halal. Malah ada kedai yang menawarkan perkhidmatan penghantaran ke rumah lagi. Mudahnya! Alhamdulillah =)

ICCI di Clonskgeah

ICCI di Clonskgeah

Orang cakap   : Masjid ade ke?

Kami jawab     : Sesiapa yang datang ke Dublin, pasti terpegun melihat kecantikan dan keindahan Masjid di Dublin. Islamic Cultural Centre of Ireland merupakan masjid yang terbesar di Ireland. Di dalamnya terdapat gerai jualan halal, perpustakaan, gymnasium, sekolah, restoran, bilik ceramah, bilik qiamulail dan padang permainan. Masjid ini terletak berhampiran UCD. Kebanyakkan mereka yang datang ke Masjid ini buat kali pertama akan berkata “Wow..besar giler..cantik siot”.

Masjid lain yang terdapat di Dublin adalah Dublin Mosque. Masjid ini berada di kawasan South Circular Road. Kebanyakan pelajar-pelajar RCSI dan Trinity tinggal di sini. Masjid ini menyediakan iftar(buka puasa) secara percuma sepanjang Ramadhan. Kelazatan nasi beriani yang disediakan,perghhhh, MANTAP!

Macam-macam ada

Macam-macam ada

Orang cakap   : Kicap, Cili Sos confirm xde jual kan?

Kami jawab     : Terdapat sebuah kedai milik seorang usahawan Malaysia yang Berjaya di Dublin(Lucan). Gerai ini menjual segala macam produk-produk dari Malaysia. Sebut sahaja kicap adabi, sos Aminah Hasan, rempah Tom Yam dan macam-macam lagi, semuanya ada dijual disini. Malah lebih menarik lagi, penghantaran ke rumah juga disediakan. Tempahan boleh dibuat secara online lagi..ade class gituuu…Nak tahu lebih lanjut lagi, kunjungilah ke halaman ini www.hibiscus.ie.

Orang cakap   : Tenet camne…slow ke?

Kami jawab     : Ringkas je. Kelajuan internet bergantung kepada pakej yang anda pilih.

Orang cakap   : Kos telefon camne?Nak call Malaysia lagi…sms..lagi…

Kami jawab     : Kebanyakan pelajar-pelajar Malaysia di Ireland menggunakan Meteor sebagai service provider. Meteor menawarkan SMS PERCUMA FOR LIFE dengan syarat anda menambah nilai 20euro sebulan. Malah SMS juga boleh dihantar menerusi halaman web yang disediakan ke mana-mana nombor di Ireland. Sekiranya anda lebih kerap membuat panggilan, maka terdapat pelan-pelan yang boleh dipilih mengikut kesesuaian anda.

Untuk panggilan ke Malaysia, anda boleh membuat panggilan menerusi internet menggunakan sistem VoIP. Dan ianya PERCUMA!! Banyak boleh jimat tu!!

Orang cakap   : UCD jauh dari city centre..aduhai malangnya

Kami jawab     : Berbanding dengan Trinity dan RCSI, UCD memang terletak agak jauh dari pusat bandar. Tapi jarak perjalanan dari UCD ke pusat bandar hanyalah 15-30 minit(bergantung kepada traffic) sahaja dengan menaiki bus. Bas sangat kerap melalui UCD. Bas yang bernombor 46a melintasi UCD hampir setiap 5 minit! Anda juga boleh berbasikal ke city dari UCD. Kayuhan mengambil masa antara 20-30 minit.

Orang cakap   : Rumah jauh dengan university (pelajar RCSI dan Trinity)

Kami jawab     : Memandangkan dua universiti ini berada di pusat bandar, maka kos untuk rumah berdekatan dengan uni ini agak mahal, maka rata-rata pelajar memilih untuk tinggal berjauhan sedikit dengan uni mereka contohnya di South Circular Road. Adapun begitu, public transport di Dublin agak efektif, di setiap bus stop, akan ditulis masa ketibaan setiap bas dan biasanya bas menepati jadual yang disediakan. Kemudahan bas senang diperolehi. Anda pasti sukakannya. Ada juga pelajar yang memilih untuk berbasikal dan tidak kurang juga yang memilih untuk berjalan kaki. Pendek kata, hidup anda tidak sesukar yang anda bayangkan =)

Orang cakap   : Aku x dpt dok hall..rumah sewa xde lagi..camne nie

Kami jawab     : PPIMI, badan kebajikan pelajar utama di Ireland, menyediakan perkhidmatan mencari rumah sewa yang selesa dan murah dengan PERCUMA  Caranya mudah sahaja hubungi ppimi@ppimi.org atau berhubung terus dengan House Hunter kami, affick_10[at]yahoo.com

Moralnya, jangan dengar cakap orang! Tanya kami terus! Untuk anda, apa sahaja kami sanggup lakukan =)

  1. cane nk kenyang dgn 1euro?? blh bg contoh sket?? nasi ke?? ayam ke?? fries ke??

  2. apakah yang orang selalu buat

  3. to boo:
    beli digestive biscuit yang coklat tu dalam 30/40 cents pastu beli air capricorn yang sekitar harge tu je…kalo fries tu kat ucd 1.50eu..kalo nak survey harge2 barangan kat eire, buleh cube tengok argos.ie or dunness store at http://www.dunnesstores.ie

    to akma:
    yang orang slalu buat tu merujuk kepada jadual harian seorang student kat sane ke?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: