Pak Tam

Royal College of Surgeons in Ireland (RCSI)

In RCSI on August 10, 2008 at 4:15 am

Royal College of Surgeons in Ireland (RCSI) merupakan satu daripada universiti yang tertua di Ireland. Ia ditubuhkan pada 1784 oleh King George III of Great Britain and Ireland. Selama lebih 200 tahun, RCSI telah memainkan peranan yang penting dalam bidang surgery dan perubatan di Ireland. Universiti ini terletak di St Stephen Green, iaitu salah satu kawasan yang amat strategik. Bangunan yang bersejarah ini sangat berdekatan dengan kompleks membeli belah Stephen’s Green Mall, kedai buku perubatan Clarendon’s Medical, kolej perakaunan Dublin Business School (DBS) dan juga bandar terbesar di Dublin iaitu O Connell Street. Universiti yang berdekatan dengan RCSI ialah Trinity College Dublin yang hanya mengambil masa selama 10 minit berjalan kaki.

RCSI merupakan sekolah perubatan yang mempunyai bilangan terbesar di Ireland. Antara fakulti-fakulti yang ada di RCSI ialah Fakulti Perubatan, Fakulti Fisioterapi, Fakulti Farmasi, Fakulti Pergigian dan juga Fakulti Kejururawatan. RCSI telah diikitiraf sebagai universiti paling aktif dalam bidang perubatan, latihan dan pengurusan hospital. RCSI juga merupakan universiti yang terdiri daripada pelajar-pelajar antarabangsa dari 45 buah negara. Usahasama di antara RCSI dan Universiti Perubatan Bahrain dan Penang Medical College (PMC) telah membuktikan bahawa RCSI merupakan institusi perubatan yang unik.

 

Pelajar-pelajar RCSI merupakan pelajar yang bertuah kerana dapat menggunakan kemudahan yang pelbagai. Di antaranya ialah Mercer Library yang terletak bersebelahan dengan Mercer Court (tempat penginapan pelajar-pelajar RCSI) yang dilengkapi dengan kemudahan Internet wireless dan lab computer untuk printing dan Internet. Terdapat juga gymnasium, computer lab (di dalam bangunan utama RCSI), Travel Agency, Mercer Health Center, cafeteria (menyediakan makanan halal), basketball court, ruang rehat yang selasa (televisyen skrin besar, meja pool dan fussball) dan juga student service department iaitu badan yang menjaga kebajikan pelajar-pelajar RCSI. Kemudahan surau yang selesa dan besar juga disediakan untuk pelajar-pelajar Muslim yang dilengkapi dengan tempat mengambil wudhuk. Terdapat solat Jumaat diadakan di surau RCSI dan ia juga sesuai dijadikan tempat berkumpulnya pelajar-pelajar Muslim di waktu senggang.

 

.gambar ruang coffee dock.

 Satu daripada keistimewaan lain ialah setiap pelajar akan diberikan satu computer riba (laptop) jenis Hewlett-Packard untuk kemudahan mendapat nota secara online (www.vle.rcsi.ie) dan belajar. Ini juga kerana terdapat beberapa subject yang perlu dipelajari secara online seperti Histology dan Anatomy (Radiology). Oleh yang demikian, setiap dewan kuliah (lecture hall) dan bilik tutorial (tutorial room), perpustakaan, cafeteria dan ruang legar bangunan utama dilengkapi dengan kemudahan internet wireless untuk kegunaan pelajar-pelajar. RCSI juga menyediakan kemudahan tempat belajar yang selesa dan sesuai (condusive) untuk pelajar-pelajarnya.

surau RCSI                    Dewan kuliah O’Flanagan

Kawasan-kawasan sekitar Dublin sangat indah dan sesuai untuk proses pembelajaran. Anda tidak perlu risau tentang kemudahan-kemudahan yang ada kerana semuanya lengkap dan mudah, ditambah pula dengan masyarakat Ireland ramah belaka dan sedia membantu. Mereka amat berbesar hati untuk mengenali dan menegur rakyat Malaysia. 

Gelanggang bola keranjang

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: