
Merentasi Sungai Liffey

On the way ke Madina Mosque

Berhampiran Dublin Castle

Hmm...

Menunggu Bas

Spire

Grafton Street

Bas di petang hari

Madina Mosque

Food Hall

Food Hall 2

Lambang kemegahan Dublin?

Kemegahan Dublin

Merentasi Sungai Liffey

On the way ke Madina Mosque

Berhampiran Dublin Castle

Hmm...

Menunggu Bas

Spire

Grafton Street

Bas di petang hari

Madina Mosque

Food Hall

Food Hall 2

Lambang kemegahan Dublin?

Kemegahan Dublin
Assalamualaikum wbt..sedikit sambungan daripada kesinambungan daripada artikel Dublin Bus (1)..
Beberapa perkara lain..
Punctuality
Punctuality Is the top quality. Tu la tema atau motto yang saya berikan sendiri kt Dublin Bus . Dengan margin of error hanyalah lebih kurang 5-10 minit untuk setiap bas, perkhidmatan Dublin Bas patut dicontohi oleh company bas kat negara kita. Ketepatan masa jadual perjalanan bas merupakan sesuatu yang agak baru bagi kebanyakkan pelajar Malaysia. Jadi, biasakan diri anda kerana bas tidak akan menunggu anda !
Keadaan dalam bas
Jangan terperanjat untuk yang pertama kali naik Dublin Bus ni. Seperti entry DB(1), Dublin Bus memang mesra OKU,warga veteran dan jua untuk bayi. Beberapa seats depan biasanya disedikan khas untuk golongan di atas . Jadi, janganlah berebut dengan mereka ya kalau seats lain dah penuh.
“please give up this seat to old people”
CCTV juga ada dalam bas ni yang akan dimonitor oleh driver untuk menjamin keselamatan penumpang. Air-cond tidak diperlukan dalam bas kerana memang dah sejuk dah pun.
transformasi wajah

kepada ini…menarikkan…meh la pakat2 ke city centre

Perkhidmatan lain
Selain dari perkhidmatan harian ni, DB juga ada menyediakan perkhidmatan “sightseeing tours” dan “ghostbus” sekitar Dublin. Kalau dah rasa bosan sangat jalan kaki, boleh la amik tours trip ni. System hop on hop off digunakan. Harganya pun boleh tahan. Kalau nak bawak family jalan-jalan Dublin, rasanya , ni the best option yang ada. Pesan saya, jangan la duk convert duit euro anda tu masa naik bas. Kalau convert jugak, memang tak naik bas la .
Contoh tiket…

tu je kot info untuk kali ini…semoga anda berpeluang naik bus ni…
sekian…
Kali ini cerita kita cerita tentang medium pengangkutan anda di Dublin ini. Nama pengangkutan awam yang paling terkenal adalah Dublin Bus. Berbeza dengan pelajar Malaysia di UK, memiliki kereta bukanlah suatu perkara yang biasa bagi pelajar Malaysia di Ireland ini. Jadi mahu tidak mahu, Dublin Bus bakal menjadi kenderaan kesayangan anda dulu, kini dan selamanya =)

Dublin Bus
Dublin Bus ini mengguna pakai beberapa system yang wajar anda ketahui. Kita akan cuba memahami setiap jenis system yang diperkenalkan secara perlahan-lahan. Sekiranya tidak faham, utarakan persoalan supaya boleh kita semua mencari jawapan. Kebanyakan Dublin Bus ini adalah bus jenis Double Decker (Dua tingkat). Bas memang selesa dan sangat mesra OKU.
1. EXACT FARE
Dublin Bus hanya menerima COINS sahaja. Duit kertas tidak akan dilayan sama sekali. Katakanlah perjalanan anda menelan belanja 1.70 eu dan syiling yang anda ada hanyalah 2.00 eu, maka tidak menjadi masalah. Cuma baki 0.30 sen itu tidak akan diberikan secara tunai, sebaliknya akan diberikan dalam bentuk kupon. Kupon tersebut boleh dituntut di Bangunan Bus Atha Cliath bertentangan dengan Restoran Pulau Pinang di Dublin.

Tempat menuntut baki anda
2. KADAR BAYARAN
Tambang anda akan ditentukan berdasarkan jumlah stages yang anda lalui. Atau lebih mudah lagi, jumlah bus stop yang anda lalui:
Stages Travelled Cash Fare ![]()
![]()
![]()
1 – 3 €1.15
![]()
![]()
![]()
4 – 7 €1.60
![]()
![]()
![]()
8 – 13 €1.80
![]()
![]()
![]()
14 – 23 €2.20
Terdapat perbezaan antara tambang kanak-kanak dengan orang dewasa. Kadar yang ditunjukkan di atas adalah kadar tambang orang dewasa.
3. MENUNGGU BAS
Anda hanya boleh menunggu bus di tempat yang disediakan sahaja. Bus yang bernombor 11 tidak akan berhenti di tempat bas nombor 10. Untuk melihat tempat berhenti bas tersebut, anda hanya perlu melihat tiang tersebut(rujuk gambar). Bukan bawah pokok, bukan juga menunggu bawah bangsal goreng pisang macam kat Malaysia.

Nombor bas yang akan berhenti/melalui sini.
4. STOP
Semacam bas yang biasa anda naiki di Malaysia, untuk memberhentikan bus ini, anda hanya perlu menekan loceng. Namun harus diingat, bus hanya akan berhenti ditempat yang telah dilabel tempat berhenti tersebut. Contohnya, katakanlah anda sedang menaiki bus nombor 11, dan anda menekan loceng untuk berhenti. Bus tidak akan berhenti selagi mana tidak ada papan untuk bus tersebut berhenti.
Nantikan DB 2 tidak lama lagi =)
Assalamualaikum wbt,
Eden ‘rebranding’ entri eden daripada ‘Makan-makan di Dublin’ ke short form yang lebih ‘catchy’ dan ‘cool’. Mulai saat ini, entri eden lebih dikenali sebagai ‘2M2D’. Eden telah menerima banyak cadangan untuk memasukkan lagi beberapa buah restaurant halal di Dublin dan cadangan ini akan eden pertimbangkan. Ok berbalik kepada main objektif kita iaitu MAKAN, insyallah kali ini eden akan membawa ekau melawat 2 lagi tempat makan yang famous di Dublin.
Satu nama yang gah di persada permakanan Dublin. Jika ekau tanya sesiapa sahaja (Malaysia sahaja) pasti semua mengetahui di mana kedainya dan ke’masyuk’kan makanannya. Sungguh enak dan menyegarkan. Kedai yang terletak di 26 Richmond street, Dublin ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Jika ekau ke sana jangan lupa memesan masakan specialitynya iaitu Taco Fries. Dengan hanya 3.99 euro, inilah makanan ‘budget’ terbaik sekali di Dublin. Fries dan daging cincang goreng disaluti dengan cream mayonise dan cheese cair mampu menaikkan nafsu makan raksaksa ekau. Silap hari bulan, mungkin ekau siap ‘tapau’ bawa balik rumah dek penangan Taco Friesnya.
Taco Fries, kegilaan remaja di Dublin
Dekorasi kedainya pula santai dan mirip American style membuatkan ekau rasa seronok dan teruja untuk menikmati hidangan yang disediakan. Selain itu, pekerja-pekerja di situ sememangnya ramah terutama dengan pelajar Malaysia dan silap ari bulan, jika ekau sebut nama eden mungkin boleh dapat free kot hehehe (Siapakah eden ? Yang dah tahu jangan bising2 hahaha).
Quarter Pounder Meal
Kedai ini dibuka sehingga jam 2 pagi, diulangi 2 pagi dan merupakan antara tempat ‘hang out’ utama pelajar Malaysia yang berbilang Uni di Dublin ini. Ok, sila-silalah menjengah ke kedai ini ya.
Food – 8/10
Decoration – 8/10
Cleanness – 7/10
Overall – 8/10
Ok kedai kedua kita jeng jeng jeng…..
Once known as the best kebab in Dublin by Dubliner Magazine. Right now still serving the best kebab in Dublin and probably one of the best kebab in the world. Kedai yang terletak di 29-30 Dame Street, Dublin, Ireland 2 sememangnya dikenali di peringkat nasional. Lokasinya sememangnya strategik iaitu di hadapan kesibukan Dame street ( Ada orang kata Damn street sebab selalu jam teruk area ni ) dan berhampiran dengan Trinity College Dublin. Kedai ini antara tempat hang out utama pelajar-pelajar TCD. Dari perspektif resepi dan makanan di sini, kedai ini mencedok resepi daripada South Asian (Pakistan, India dan negara yang sewaktu dengannya). Masakan South Asian sememangnya kegemaran eden kerana aroma rempah ratus dan kelembutan dagingnya pasti membuatkan ekau termimpi-mimpi kelazatannya. Antara menu kegemaran eden di kedai ini adalah Shawarma dan merupakan salah satu speciality kedai ini.
Staff yang ramah penyeri Iskander’s Kebab House

Owner kedai ini adalah muslim dan mempunyai satu lagi kedai makanan Halal sederet dengan kedai ini tetapi berlainan entiti. Insyallah eden akan kupas kedai yang satu lagi ini pada entri seterusnya. Harga di sini amat berpatutan. Namun begitu, eden cadangkan ekau poi makan waktu siang kerana kedai ini amat ‘bz’ dan sesak pada waktu malam. Ini kerana menerima kunjungan tetamu yang kelaparan dan tidak diundang.
Meat or Chicken Shawarma ?
Food/Meal – 9/10
Decoration – 8/10
Cleanness – 8 / 10
Overall – 8 / 10
OK sampai di sini sahaja entri eden pada kali ini. Jadi sudah 4 episod kita bersama dan 8 buah restaurant telah kita jelajahi. Semoga ekau mendapat gambaran yang lebih jelas bahawa tak susah hidup di Dublin malahan tidak keterlaluan eden kata, ekau mampu hidup bahagia seperti di Malaysia hehehe. Sehingga bertemu di episod seterusnya dan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Teruskan bersama 2M2D untuk paparan restaurant yang menarik next entry !!!
Wassalam
IRoN ChEF 218
Assalamualaikum wbt,
Lama eden tak update makan-makan di DUblin. Eden mohon maaf kerana sejak kebelakangan ini sibuk dengan urusan peribadi dan undangan ke majlis-majlis lain di sekitar Dublin. Buat masa ini ada tetamu VIP daripada Syria buat pengambaran di Dublin jadi eden perlulah menjadi chef untuk tetamu istimewa ini. Insyallah edisi kali ini eden akan membawa ekau ke dua lagi lokasi makan di Dublin.
Kebab Klub atau lebih famous lagi K-Klub adalah satu entiti yang begitu sinonim dengan pelajar-pelajar Malaysia di Dublin terutamnya di kalangan pelajar RCSI dan DBS. Ini kerana lokasinya terletak di hadapan Mercer Court Clinic dan bersebelahan dengan RCSI’s Mercer Library menjadikannya lokasi utama pelajar RCSI dan DBS menikmati juadah yang disediakan. K-Klub merupakan destinasi utama student dan masyarakat setempat terutama pada waktu lunch. K-Klub ni memang bijak dan bertuah sebab 1. Mahal macam mana pon confirm akan ada orang Malaysia datang makan kedai dia. 2. Tak sedap macam mana pon, orang complain macam mana pon, confirm ada orang Malaysia akan datang makan juga. So kedai ni maybe Master dalam bidang Marketing dan Sosiologi terutama pengkhususan tentang tamadun Malaysia hehehe……
Doner Kebab
Makanan di sini lebih kurang Momo’s Kebab House (Sila rujuk entri sebelum ini) iaitu bersifat Middle Eastern cooking style cuma terdapat unsur Persian di situ. Harganya juga berpatutan cuma eden perasan maybe kos bahan mentah mahal sangat jadi kuantiti pon sikit je. Dekorasi yang menarik dan happening merangsangkan lagi nafsu makan ekau di sini nanti cuma di upper floor tiada apa-apa sangat. Hah eden nak gosip skit pasal student kita di sini, ada satu study group daripada RCSI ini sebab terlalu obsess bukan obese dengan K-Klub ni sampai buat study group kat upper floor kedai ni. Katanya senang nak makan. Haih macam-macam budak-budak Dublin ni . Oklah mari kita tengok rating kedai ni.
Makanan – 7/10
Dekorasi – 8/10
Kebersihan – 7/10
Overall – 7/10
Kedai makan kita yang kedua pula ialah…..
Eden baru perasan, kebanyakan kedai makan yang eden poi sume kedai Kebab. Ah lantaklah janji halal dan kenyang. Sebenarnya banyak je kedai makanan yang lain tapi ekau ada dua option jela, seafood atau vegeterian. So kalau ekau nak makan ayam dan daging silalah ke kedai-kedai yang eden cadangkan. Lagipun, masakan Timur lebih sodap daripada masakan barat. Ok berbalik ke kedai kita iaitu Sultan Kebab House. Kedai ini terletak di George’s Street bersebelahan South Street Restaurant.
Mixed Kebab
Masakan di sini memang superb. Setiap kedai Kebab di sini cuba menampilkan identiti yang tersendiri melalui dekorasi kedai dan juga masakan mereka. Oleh itu, jika ekau poi sume kedai yang eden cakap mesti ekau boleh beza rasa makanan setiap kedai. Kedai ini menampilkan kebab versi Turki di adun dengan masakan ala Mediterranean. Harga yang berpatutan dan layanan yang baik sudah cukup menambat hati ekau untuk terus mengunjungi kedai ini. Namun dekorasi yang hambar boleh menghilangkan mood makan ekau. Walaubagaimanapun kelazatan buah kurma eh silap kebabnya pasti memukau sesiapa sahaja. So just taste it first and comment later….
Chicken Kebab Roll yang lazat…yum3
Food not Fool – 8/10
Decoration – 6/ 10
Cleanness – 7 / 10
Overall – 7 /10
Ok sampai di sini yang eden mampu kongsi. Insyallah edisi kemudian akan menyusul tidak lama lagi. Maka nantikan kemunculannya.
Wassalam
IRoN ChEF 218
Ramadhan di Dublin
Wah…dah hampir Ramadhan ek? Citer sket la pasal ramadhan ini. Ok 1st skali..tarikh start pose. Basically anda akan dapat sms dari wakil Lajnah Tarbiyah dan Dakwah PPIMI announcing the start of fasting season. Dan LTD PPIMI mengikut apa yang ditetapkan oleh pihak berkuasa di Dublin. Rujukan adalah kepada ICCI dan Dublin Mosque. So jangan risau bab bile nak pose ye =)

Gambar Hiasan
Takwim bukak pose jugak biasanya boleh didapati secara percuma atau dapatkan terus takwim 1 tahun dari ICCI.Takwim die cantikkk…biasanya kalo bulan lapan nie takwim akan diberi secara percuma setiap kali selepas solat Jumaat. Kalo awal tahun kene beli, dalam 1-2 euro. Sekiranya tak dapat takwim then boleh download Athan software kat islamicfinder. Kekadang waktu solat kat islamicfinder lari sket, so x reliable sgt la kalo anda ni jenis yang inginkan ketepatan yang tulen.
Bukak pose?
Well kalo pose musim sejuk…bukaknya awal..dalam kul 5-6pm dah bukak dah…tapi tahun ni nampaknya puasa jatuh sebelum musim sejuk so panjang la sket yea…huhu. Tapi tak matinya, insyaAllah, sebab anda hanya pergi class je..kalo buat rotation kat clinic tu mungkin letih sket.
Bukak pose ni dipanggil IFTAR. Dekat ICCI, IFTAR diadakan secara PERCUMA setiap hujung minggu. Bessstt. Lauk ayam,kambing! Mantap! Selalunya ada nasi lebih so bolehla bawak balik buat sahur tu. Menjadi satu kebiasaan di Dublin nie, setiap kali masuk waktu akan ada kurma dan air mineral or air susu yang dibekalkan..then after breaking the fast, solat dulu then baru turun ke hall untuk makan nasi.
Di Dublin Mosque pulak, IFTAR adalah SETIAP HARI. Ulangan, SETIAP HARI! Kat sini makanan yang dihidangkan adalah nasi beriyani superb. Tak caye tanyela sape-sape yang pernah berkunjung ke Dublin. Pendek kata tak sah kalo anda tidak cuba menikmati hidangan nasi beriyani Pak Usop ni. Hari biasa, satu nasi would cost you 6-7 euro, tapi for the whole Ramadhan, anda boleh dapatkan secara percuma. Makan ramai-ramai dalam talam..best!
Terawih
Terawih. Tak kisah buat lapan atau 20, yang penting satu juzuk satu malam =) sekiranya umah anda agak jauh dari masjid, maka jangan la pulak tinggalkan terawih. Rugi. Boleh buat kat rumah sendiri. Cam aku sendiri, tahun lepas umah aku agak jauh dari masjid, about 15-20 minutes by bus, so ape yang kiteorang bwat adelah menghidupkan terawih di rumah secara berjemaah. Tak susah pun, learn all the rukun then you’ll find that it’s not as complicated as you would imagine. Bile lagi umah di Ireland nak mendengar bacaan Al-Quran? Manela tau kot-kot dengan bacaan anda, jiran sebelah umah tertarik dan masuk Islam. Subhanallah. Besarnya pahala anda.

Solat Terawih di Dublin Mosque (dari Tawel Sensei)
10 malam terakhir menyaksikan masjid-masjid mengadakan qiamulail..di ICCI, akan diberikan satu borang untuk siapa yang berminat, tempat tidur disediakan. ICCI ni besar giler, so anda tidak akan tidur di dewan solat tapi anda akan tidur di bilik yang dikhaskan untuk qiam. Sahur dan berbuka ditanggung sepenuhnya oleh pihak masjid. You do not have to pay for anything. Senang kan?
Syawal tiba
Dah tibe ari raye…sob..sob teringat mak ayah kat kampong, adik beradik sedang main mercun..sepupu dan kengkawan…lemang, ketupat..perghh bestnye dok Malaysia yea.. Ala jangan bimbang, sedih tu biase la kan, sedih anda sedih berteman bukannya keseorangan =)
Solat Hari Raya

Malaysian Hall akan mengadakan solat hari raya untuk meraikan pelajar-pelajar Malaysia di cnie. Solat hari raya di ICCI dan Dublin Mosque berjalan cam biase. Kalo di ICCI, after solat tu ade sedikit jamuan ringan cam kek. Apapun, the first thing that you would notice if you go to the ICCI or Dublin Mosque is the Takbir. Takbir dieorang x mendayu-dayu cam kite punye.

Menuju Rumah Haji Fauzi
Kendian..sebaik sahaja selesai solat, sume dijemput berkunjung ke rumah Haji Fauzi yang terletak di Clonskeagh Road. Haji Fauzi ni merupakan rakyat Malaysia yang dah lame menetap di Ireland ni. Every raya, die akan buat open house untuk meraikan sume rakyat Malaysia di Dublin esp students. Percume je..huhu. Terima kasih Haji Fauzi sekeluarga.
Selesai la sudah makan di situ, maka akan anda dialu-alukan untuk berkunjung ke rumah kengkawan. Jalan-jalan. Ada yang buat open house ari tue jugak, ade minggu depan. Pendek kata, dalam 1-2 minggu after raya tu, selalunya banyak open house…tinggal lagi nak pegi or tak nak.
Kesimpulan
Itu je la citer sket-sket pasal raya@Dublin nie..walaupun berjauhan dengan keluarga tapi sambutannya tetap meriah. Sebenarnya xdela jauh sangat sbb boleh je kalo korang nak call mak ayah, kalo nak tengok wajah bonda tercinta, buat je panggilan 3G…takpun kalo nak jimat sket buat video conference pakai YM..manfaatkan teknologi around you…ok la cau dulus..jangan sedih yea =)
by: bossfarhan.blogspot.com
Satu yang best pasal dok oversea ni ialah travel. Maybe ramai yang x tahu, budak2 Dublin (Dubliners haha) kira mmg lucky sebab Dublin ni blhla dikira salah satu travel hub bg Europe untuk budget airlines/ low cost carrier. Sebab adanya Ryanair, sebuah budget airline Irish.
So, dr Dublin, hampir semue tempat kat Europe kita blh pg. Yg plg best, kadang2 kita blh dapat tiket serendah 10 euros(RM 50) one way(all included). Kat Malaysia pon belum tentu blh dpt tiket 50 ringgit kalau flight lebih 2 jam. Nak pg Langkawi dr KL flight x sampai sejam pon dah brape kan kalau naik AirAsia. huhu.. Best tu….
Tp yang kurang best psl Ryanair ni, satu je. Die x fly ke Airport yg terdekat. Contohnya la, kalau Paris, instead of pg airport Charles De Gaulle (CDG) atau Orly yg dekat dgn city, die hanya fly ke Paris Beauvais yang sebenarnya bukan dlm Paris pon. Sejam dr Paris dgn shuttle bus. Tp since tiket die murah, it saves a lot. Naik bus pon 10 euros je. Let say tiket one way 30 + 10 euros. Baru 40. Kalau naik Aerlingus or Air France yang land kat CDG, tiket one way blh confirm lebih 40 euros la.
Btw, Aerlingus ni adalah national airline bagi Ireland. Kalau tgk kapal terbang die pon hijau siap ade Shamrock lg kat tail die. Shamrock ni kire registered trademark Ireland. (http://en.wikipedia.org/wiki/Shamrock) Asalnya, Aerlingus ni full-frills airline macam Malaysia Airlines la. Tp sebab kat europe ni, trend air travel die berubah, orang lebih consider price dari frills yg x perlu mcm snacks dlm flight, extra baggage allowance dll, so Aerlingus pon jd budget airlines jugak. Tp still fly ke Airport yang utama. Tp x de la sampai Malaysia.
Selalunya, kalau time nak balik Malaysia, sebelum naik Malaysia Airlines kat Paris/London/Frankfurt/Amsterdam, kena naik Aerlingus dulu. Satu yang best naik Aerlingus ni, suasana Irish dia tu. Certain flight, steward dia akan cakap Irish (Gaeilge). Kat Ireland ni especially Dublin, susah nak dengar orang ckp Irish. Sebabnye, Irish pon x ckp Irish. Ish2.

Selain tu, Dublin ni kire top destination bg American. Sebabnya back to history balik, orang American ni ramai jugakla yg berketurunan Irish. Sebabnya ramai Irish yang migrate ke US. Sejak kurun ke 19 sampai la early 1980s masa Ireland x berapa aman dulu. Kira Irish American la diorg ni. And diorg ni kira berjaya jugak. Ramai yang kaya raya. Sebab tu ramai yang datang Dublin. Selain dari Dublin Airport, satu lagi airport; Shannon Airport pon byk flights especially ke US. Sebab tu la byk airlines US yg fly ke Ireland. Delta Airlines, Continental, US Airways dll. Tp x pernah pulak dgr budak Malaysia pg US. Kalau x salah, kalau nak apply VISA pg sane kene bayar 100 euros. Tu pon x confirm dapat. Ish2.
Balik pasal jalan2. Kalau junior2 baru sampai ni, selalunya pg tempat2 yang popular: Paris, London, Spain. Maklumla, dah baru sampai, duit pon JPA ngan MARA mesti bg banyak in advance, hehe! Yang best jalan2 tempat orang ni, banyak pengalaman kita dapat. Macam mana susah nak bercakap dengan orang yg x faham english, macam mana susahnya nak carik halal food, macam mana susahnya nak carik toilet mase tgh emergency. Mcm2 lgla. Tp yg paling best ialah kita dapat tgk culture orang local. Blh rase makanan diorg. (yang halal la yer!) Blh tgk bullfighting kat Spain. Tgk orchestra kat Vienna. Naik gondola di Venice. Best tu….
Selamat travel!!!
Assalamualaikum wbt,
Siri kali ini eden nak bawa ekau melawat lagi dua kedai makan yang HALAL di Dublin iaitu Zaytoon dan juga MoMos’s Kebab House. So, eden malas nak mengulas banyak-banyak jadi kita terus ke restaurant halal kita yang pertama.
Kedai zaytoon ini terletak bersebelahan Boyle’s sport di Lower Camden Street. Kepada mereka-mereka yang tinggal di Rathmines, Kimmage, South Circular Road dan kawasan yang sewaktu dengannya, ekau pasti akan melalui jalan ni dan ekau pasti akan terjumpa kedai ini sebab kedai ini memang tepi jalan pon. Kedai ini ’speciality’nya adalah masakan Persian. Ala sebenarnya lebih kurang je pon dengan kedai kebab-kebab yang lain. Antara makanan kegemaran eden jika berkunjung ke restaurant ini adalah ‘Zytoon Barg Kebab’ dan ‘Zaytoon Chicken Shish Kebab‘. Kedua-dua masakan itu merupakan masakan special mereka dan antara yang terkenal di Dublin.
Ini Zaytoon Chicken Shish Kebab ( House speciality)
Ini pula Zaytoon Barg Kebab ( Juga house speciality)
Dekorasi dalaman kedai ini nampak eksklusif dan anggun. Oleh itu, buat mereka pertama kali yang datang pasti rasa dah nak kena ‘kapak’ dengan kedai ini sebab macam mahal sangat. Actually, kedai ini taklah mahal sangat tapi kalo nak makan hari-hari, muntah darah gakla nak bayar sebab boleh tahan harga menu dia. Namun, bila lagi nak merasa masakan persian yang eksklusif melainkan ekau poi timur tengah. Hah kat sana ekau ‘tibai’ puas-puas masakan orang sana. Ok macam biasa. Kasi rating skit….
Masakan – 8/10
Dekorasi – 8/10
Kebersihan – 8/10
Overall – 8
Ok destinasi kedua kita adalah Momo’s Kebab House
Momo’s dikala malam ternanti-nanti
Momo’s Kebab house ini terletak di Aungier Street, Dublin berdekatan dengan RCSI dan juga Dublin Business School aka DBS. Kedai makan ini merupakan salah satu tempat ‘hang out’ utama ’student-student’ RCSI dan DBS kerana lokasinya yang strategik dan harga yang berpatutan. Masakannya pula lebih kepada ‘Middle Eastern style’ dan eden rasa ada Egypt ‘twist’ di situ. Antara makanan kegemaran eden di kedai ini adalah ‘Tandoori Rice’ kerana banyak dan paling murah di Dublin. Hanya Euro 5.99 berbanding kedai-kedai lain yang agak mahal sekitar 8 – 10 euro sepinggan. Kedai ini lebih kepada canteen environment. Oleh itu, sesuai untuk ekau yang berjiwa remaja duduk makan dan berborak macam di ‘mapley’. Kedai ini juga antara yang paling pemurah ‘in term of quantity’ makanan yang disediakan. Dengan hanya sepinggan lauk, ekau boleh berkongsi dengan seorang lagi ‘member’ ekau. Hah apo lagi, datang jangan tak datang ewah !!!
Momo’s dikala siang tercari-cari
Namun, harga minuman di sini agak mahal sehingga kadang-kadang sekali ganda daripada harga kedai runcit tepi jalan. Jadi eden cadangkan, ekau belilah minuman kat kedai lain. Ada kedai runcit Halal sebaris dengan Momo’s ini harga minumannya dalam botol dan tin hanya 0.99 euro sahaja. Oklah eden pon dah kenyang dan macam biasalah tugas eden nak kasi rating.
Makanan – 8/10
Dekorasi – 5/10
Kebersihan – 6/10
Overall – 6
Oklah sampai di sini sahaja rancangan Makan-makan di Dublin. Insyallah esok eden akan bawa ekau poi kedai-kedai makanan halal yang ‘famous’ di Dublin lagi. Sebarang komen atau cadangan amat dialu-alukan. Selamat mencuba.
Wassalam
IRoN ChEF 218
Tempoh hari di prog pre departure, saya menerima banyak pertanyaan tentang cara belajar di RCSI. Di sini saya cuba explain dengan detail agar anda dapat gambaran kasar apa yang bakal anda tempuhi for the next 5 or 6 years.
Dahulu RCSI guna sistem exam 1st prof, 2nd prof dan sebagainya. 1st yr, 2nd yr tak exam. 3rd yr exam semua. Something like that. Sekarang, RCSI exam semester based. Bila masuk 4th dan 5th yr RCSI ikut rotation.
Seperti yang anda tahu, belajar medic ada 5 tahun atau 10 sem
Pembelajaran ketika pre med telah diterangkan dengan seterang-terangnya dalam kolum di bawah.
1st sem: (roughly October to January)
ada 4 module, exam late January
a. Health, Behaviour & Society 1
b. Nutrition & Energy
c. Haemopoietic & Immune System
d. Neuromuscular
kelas penuh pada isnin, selasa dan kamis. separuh hari pada jumaat, dan selalunya free pada rabu.
pada hari kedua anda, anda sudah akan membedah mayat. Cool kan? (heheh) Satu minggu, ada 2 sesi bersama surgeons masing2. setiap 2 mggu anda akan berdepan dengan CARD SIGNING (oral test anatomy, constitute 2.5% of your finals) pada petang jumaat. utk sem ini, fokus anatomy anda ialah lower limb (kaki) dan pelvis/ peritoneal

sejak sem 1 lagi, RCSI akan impart clinical skills dalam pembelajaran anda on weekly basis. jadi sebab itu, anda perlu beli stetoskop dari sekarang.
dan utk setiap minggu, anda akan ada PBL style class, anda diberi case, and you work it out with your groupmates, which is an international blend.
hanya ada satu project, individual. utk module Health, Behaviour & Society.
2nd sem: (roughly February to May) exam early June
ada 5 module:
a. Molecular Medicine
b. Health, Behaviour & Society
c. Clinical Competencies 1 (OSBE)
d. Genitourinary & Endocrine
e. Cardiovascular & Upper Limb
kelas pack hampir setiap hari. rabu pun jadi full
so dulu anda belajar clinical tak masuk exam, utk sem ni, dah mula masuk exam. jadi ia diajar dengan lebih serious.
dari segi anatomy, anda akan fokus pada abdomen, thorax and upper limb (tangan). CARD SIGNING seperti biasa.


dari segi PBL, berterusan. dan akan diuji dalam exam clincal
dari segi project, hanya satu, group work on HBS.
3rd sem/ 2nd year ( roughly October to January)
sem paling relax. 4 module sahaja.
a. Evidence Based Healthcare
b. Neuroscience
c. Clinical Competencies 2
d. Early Patient Contact
untuk sem ni, kelas paling sikit, mostly anda goyang kaki di rumah. hampir setiap hari kelas separuh hari sahaja. Ibu bapa pun naik hairan kenapa anda banyak sangat masa call rumah.
untuk anatomy, anda focus Head and Neck and Neuroscience.

untuk project, satu project group under Evidence Based Health.
under Early Patient Contact, anda akan jumpa pregnant woman and follow development dia.
untuk clinical, at this stage, anda sudah progress sgt2 jauh relative to other uni.
di Intermediate Cycle, yakni ketika anda 2nd year separuh akhir, anda akan kelas di Beaumont Hospital.
Rata-rata dari kita akan mulai rasa terkejut sekejap, sebab sem 3 relax, sem ini hectic. but you might be really happy, as there will be no more card signing, but a lot will figure out that you actually miss them too!)
Satu sebab lokasi hospital yang tak center. RCSI center habis. Hospital kena naik bas, tukar bas.
Dua, sebab content study sgt pack and laju.
Tapi, one thing we can share is, at this level, anda belajar dgn sangat seronok, sebab kelas anda di hospital, hari2 lecturer bawa masuk fresh real patients dlm lecture hall. Dulu clinical like class, seminggu sekali atau dua, ini dekat 3-5 kali. Memang sangat best untuk relate apa yang anda belajar ke dlm real scene.
Tiga, anda dapat access to operation theatre, tgk segala mala procedures, belajar PR (this is not pleasant though hoho), belajar x ray dari radiology department live, tengok gastrocscopy etc. untuk experienced semua tu sebelum anda masuk 3rd yr.
So when you take your clinical exams, it is team style, named TOSCE (team OSCE). and at this level, you feel more like a real doctor!
Assalamualaikum wbt,
Insyallah kali ini eden ingin berkongsi pengalaman makan-makan eden di bumi Dublin ini. Buat perantau-perantau baru, ekau jangan rasa takut mati kelaparan sebab kat DUblin ni semua pun ada. Asian market, Hibiscus ltd dan macam-macam lagi. Ok berbalik kepada tajuk asal, eden nak bawa ekau ke destinasi makan pertama kita iaitu jeng3…..
Ini bukan kedai yusof tayob yang jual kurma. Ini uncle yusof yang specialitynya memasak nasi beriyani. Restaurantnya berada di South Circular Road. Mengikut hikayat penglipur lara, keenakan nasi beriyani uncle yusof mampu membuat anda tidak keruan sehingga orang kata ambil bau pon udah cukup untuk mengenyangkan nafsu makan yang sedang bergelora. Perghhh………hebat sungguh penangannya. Namun begitu, kerinduan kepada nasi beriyani ini pasti terubat di bulan Ramadhan al-mubarak. Ini kerana, uncle yusof akan menyediakan juadah berbuka puasa kepada mereka yang ingin berbuka di Dublin Mosque. Waktu berbuka ini dianggarkan 100 ribu umat islam berbuka puasa di masjid termasuk yang tidak hadir dan tidak tergambar berapa buah periuk nasi telah digunakan untuk mengenyangkan perut-perut mereka yang berbuka puasa. Ke’famous’an kedai makan ini hingga disebut beberapa kali di dalam saifulislam.com dan menjadi bualan mulut daripada satu generasi ke generasi yang baru.
Buat ahli rumah 218, ekau patut berbangga kerana bau semerbak nasi beriyani ini mampu menerjah ke rumah ekau dan membuatkan ekau tidak senang duduk ibarat lipan kepanasan. Jadi buat warga perantau, jangan lupa singgah dan selamat mencuba. Apa-apa pun eden sebagai iron chef mesti beri rating dengan adil dan saksama.
Rating: Keenakan masakan – 10/10
Dekorasi – 7/10
Kebersihan – 8 /10
Overall – 8
Kebab-ish……restaurant ni sememangnya terkenal dengan kelembutan roti NANnya dan juga kemurahan rezekinya. Percayalah, ekau pasti tidak mampu menghabiskan sepinggan kebab kerana rezeki yang diberikan bukan setakat melimpah ruah malahan melimpah keluar dari pinggan. Kedai ini terletak di 39 Lower Clanbrassil Stree, Dublin. Selain kebab dan masakan-masakan dari negara arab dan pakistan, kedai makan ini turut menyediakan manisan-manisan terkenal dari negara Pakistan. Semuanya manis-manis belaka. Pasti menjadi kegilaan warga Kelantan nanti. Namun bukan semua mengikut citarasa Malaysia ye. Restaurant ini juga merupakan tempat pelajar-pelajar ‘hang out’ tanpa mengira hari samada siang atau malam. Kedai ini beroperasi dari jam 11 pagi hingga jam 2 pagi. Ramai yang telah memberi komen dan ramai yang menyukainya. Eden yakin ekau pasti merindui kelazatan kebabnya yang tiada tandingan selepas mencubanya sampai bungkus bawa balik. Makan jangan tak makan dek oooi !!

Sampel kebab yang melazatkan…
Setelah pemerhatian eden selama 2 tahun, jadi eden nak bagi rating:
Keenakan Masakan – 10/10
Dekorasi – 9/10
Kebersihan – 8/10
Overall – 9
Ok sampai di sini sahaja kita bersama, insyallah eden akan sambung dengan kedai-kedai makan yang menarik di Dublin. Sebarang komen atau cadangan bolehlah kemukan dalam blog ini. Sehingga berjumpa lagi di dalam siri kedua.
Wslm
IRoN cHeF of 218
by: ASMB
Assalamualaikum.
Maaf membisu sebentar. Sibuk mengemaskan barang untuk pindah rumah. Tiba-tiba terjumpa beberapa articulate lama (mug, kalendar gambar) yang digunakan sewaktu di Mercer Court dulu. Hmmmm… so ingat nak tulislah tentang Mercer Court. Semacam review plus anecdotes, untuk sahabat-sahabat yang akan datang nanti.
Tulisan ini adalah untuk pelajar-pelajar yang akan datang ke RCSI. Akan tetapi, infonya lebih kurang sama untuk pelajar-pelajar yang akan datang ke Trinity College dan University College Dublin. Atau untuk skop yang lebih besar lagi, pelajar-pelajar baru ke Ireland atau UK nanti.
Oh ya, jika ada mana-mana info yang kurang tepat, jangan segan-segan tegur ya senior-senior yang lain.
Pengenalan
Well, Mercer Court adalah kediaman kampus RCSI (on-campus accomodation), walaupun sebenarnya RCSI tidaklah ada kampus seperti di UCD Belfield. Seperti sahabat-sahabat di Trinity College berseloroh, RCSI adalah sebuah kotak kasut di tepi St. Stephen’s Green yang menghijau… selain Mercer Court, RCSI juga mempunyai atau ada endorsement dengan on-campus accomodation yang lain – Griffith College, Phibsborough, Lad Lane Apartment… tetapi tidak ada yang sehampir Mercer Court.
Sewaktu academic term Mercer Court menjadi tempat penginapan pelajar, manakala apabila bermulanya cuti musim panas, ia menjadi pilihan pelancong-pelancong, yalah di tengah-tengah kota Dublin… boleh buat duit apa!
Sejarah Mercer Court
The whole site previously was a hospital - Mercer Hospital. Sekarang ia menjadi Mercer Court, Mercer Library, Mercer Health Centre, dan sebuah hotel lagi (tak ingat namanya). Sebab ia dulu hospital, jadi ada riwayat yang menyatakan anda akan terjumpa benda pelik-pelik, ya ada benarnya, saya akan nukilkan di bawah heading yang lain…
Mercer Court – Lokasi
Mercer Court terletak hanya 30++ saat berlari dari kolej – ya sayalah buktinya, berlari pecut dari dewan kuliah O’Flanagan Theatre ke bilik mengambil dompet yang tertinggal suatu ketika dahulu. Kalau berjalan, 3-4 minit jauhnya. Pendek kata, sepelaung jauhnya.
Kemudahan beli-belah juga amat dekat. Stephen’s Green Shopping Centre letaknya bersebelahan saja. Di dalamnya Dunnes Store ada dijual kemudahan asas dapur – bawang, susu, halia, roti dsb. Bagaimana pula dengan barang-barang exotik? Yalah, serai, lengkuas, tempe, tauhu basah, tauhu kering, cili kering hatta durian sekali pun. Jangan bimbang, kerana ada 2 kedai oriental – Asia Market dan Oriental Market yang pekedainya sudah biasa dengan Malaysian. Sebut pasal biji sagu (tapioca pearls) pun dia tahu!
Dan yang paling penting, Mercer Court adalah bersebelahan dengan Mercer Library, perpustakaan RCSI. Jadi anda boleh menyerbu masuk sebaik saja pustakawan membukanya di pagi hari, dan pulang setelah security guard memaksa anda keluar pada lewat malam. Pendek cerita, senang nak study di library. Ini adalah sebab utama ramai yang ingin tinggal di Mercer Court. Barulah boleh dapat first class or medal!
Walaupun Mercer Court memang di tengah-tengah prime location, tetapi saya fikir ia tidak berapa prime jugalah…. sebabnya ia terletak jauh dengan Dublin Mosque. It would be a perfect accomodation for me kalaulah ada masjid berhampirannya. I believe this is quite an important criteria untuk memilih rumah sewaktu bekerja kelak.
Tapi anda jangan gusar, anda boleh solat berjemaah hari-hari di surau RCSI, yang terbesar di Ireland. Kawan-kawan yang tekun menelaah di perpustakaan pun turun solat di situ – dulu ada ura-ura nak bina surau di library tapi tak jadi sebab tak cukup ruang. Oh ya, Solat Jumaat juga ditunaikan di surau RCSI. Hmmmm… sewaktu bulan Ramadan nanti… (hmmm cepat betul masa berlalu), anda boleh solat Terawih berjemaah di situ.
Mercer Court & Millin House
Mercer Court menawarkan 2 jenis penginapan. Yang pertama dan paling mahal, adalah Millin House, sebab layoutnya seperti hotel. Yang kedua, Mercer Court, yang berbentuk flat, murah sedikit.
Ya, Millin House layoutnya seperti hotel, sebab anda boleh pilih bilik single atau duplex (duduk 2 orang), dan fully-equipped with bathroom, study desk, cable TV, internet connection, telefon (boleh telefon rakan-rakan lain di Millin House dan Mercer Court) dan yang penting, wardrobe yang besar.
Millin House ada 4 tingkat, dan setiap tingkat mempunyai 5 bilik (4 single 1 duplex), Warga setingkat akan berkongsi kitchenette/pantry – ada sinki, microwave, dan fridge kecil. Di kitchenette inilah anda meletakkan periuk nasi automatik, toaster, boiler, deep-fryer, dsb. Anda diharamkan dari menggunakan perkakas dapur di dalam bilik atas sebab bahaya kebakaran. Kang terbako, eden juga susah!
Untuk memasak, di basement ada dapur yang lebih proper -bigger sink, 2 cooker (hot plate, bukan dapur gas atau induction) + oven, bigger fridge, freezer (saya gelarkan freezer mayat sebab besar… boleh letak mayat) dan meja-meja makan. Hmmm… sesuai untuk candle-lit dinner…
Bab dobi? Ada 2 mesin basuh yang menggunakan syiling beserta 2 dryer berasingan. Untuk dry cleaning, ada kedai dobi berhampiran, pun sepelaung jauhnya.
Bagaimana pula dengan Mercer Court?
Mercer Court, seperti yang telah saya sebutkan, layoutnya sebuah unit flat. Ada 4 bilik single (but no TV) kecil sedikit dari single Millin House, common room (your TV is there), dan dapur yang lengkap – sinki, hot plate, oven, microwave, washer-dryer (mesin basuh dan kering 2 dalam 1).
Memohon dan Yuran Mercer Court
Ada di website rasmi. Untuk bil elektrik, akan dikira pada akhir tahun nanti. Kalau selalu sangat pasang heater mungkin kena bayar. Jika pandai berjimat, pentadbiran Mercer Court akan refund.
Anda mesti menghantar borang permohonan seawal yang mungkin, sebab Mercer Court ini ‘hot-stuff’. Borang boleh anda dapatkan di website rasmi Mercer Court.
Oh ya, ini amat penting – Anda boleh minta anda ditempatkan bersama-sama sahabat yang anda kenal di dalam satu unit flat jika anda mahu. Adanya sahabat yang sekepala dan sefahaman mengelakkan anda pening kepala sentiasa melayani kerenah rakan seunit nanti…
Surviving in Mercer Court & Millin House
Sewaktu saya menginap di sana dahulu, saya hanya membelanjakan EUR20 sebulan untuk makan malam – nasi berlaukkan ayam, sayur, telur, dan minuman (teh/kopi/ jus). Untuk sarapan pagi, dan makan tengah hari, itu boleh diuruskan sendiri.
Secara kasarnya, dalam sehari, anda bersarapan dengan sandwich, makan tengah hari dengan donat coklat dan salad, manakala dinner, nasi berlaukkan ayam masak lemak cili padi, sayur goreng, telur rebus dan air kopi ‘O’ (espresso). Of course, anda boleh saja nak merasa masakan Itali atau dari negara lain seperti lasagne, pasta bake, bolognese dan sebagainya. Resepi banyak di internet. Seminggu sekali bolehlah mendermakan seafood atau daging untuk semua. Jadi taklah muak sangat, kan?
Jadi, bila masak beramai-ramai, kosnya memang murah… anda boleh berjimat untuk kegunaan lain – contohnya buku-buku selain buku akademik (buku agama, current issues, novel, self-help etc.), jalan-jalan, souvenir untuk keluarga, umrah & ziarah (which I did, savings made when I was in Millin), dan macam-macam lagi.
Masak secara berjemaah, bergilir-gilir
Caranya: Ramai Malaysian yang tinggal di Mercer Court, jadi anda boleh berpakat untuk bergilir-gilir masak dinner. Lebih ramai, lebih murah kosnya. Jadi kalau ada tujuh orang seperti waktu saya dahulu, contohnya begini – Isnin Ali, Selasa Abu, Rabu Atan, Khamis Ahmad, Jumaat Abdul, Sabtu Ismail, dan Ahad Kadir. Perempuan pun boleh join sekali, tapi kena pandai segankan diri dan tahu batasnya – I am referring to both sides, laki-laki mahupun perempuan.
Bila beramai-ramai, duty roster perlulah ada, yalah as a team untuk terus hidup. Ada yang menjaga bab bekalan ayam (dahulu saya kena uruskan sebab membeli ayam secara borong), bab kemas dapur, bab tong sampah, bab beras (10kg or 20kg), bab beli keperluan memasak (sayur-mayur, minyak masak, sos tiram etc.).
Oh ya, jangan lokek untuk berkongsi rempah ratus yang dibawa dari tanah air (udang kering, ikan bilis, cili kering, ikan masin, asam keping, keropok ikan etc.), mahu pun resepi-resepi baru. Takkanlah anda nak makan ikan bilis 2kg seorang diri… atau pun mengunyah ikan masin sewaktu mengulangkaji pelajaran…
Belajar masak? No problem!
Bila sebut bab resepi, selain persediaan akademik dan mental, anda belajarlah beberapa resepi baru dari ibu sebelum ke mari, terutamanya kepada perempuan. Luangkan masa duduk di dapur menolong ibu masak. Kalau lelaki tak berapa mahir nak masak mungkin boleh dimaafkan… kalau perempuan, hmmmm…. confirm kena reject!
Belajarlah menyediakan lauk-lauk mudah seperti sambal tumis, kari, kurma, lemak cili padi, masak merah, masak kicap, sup ayam, padprik, dan tomyam. Jenis-jenis lain nasi pun, apa salahnya. Pendek kata, biar mahir lebih dari satu lauk. Tidaklah nanti hari-hari lebih kurang sama saja lauknya – Isnin kari ayam, Selasa kari ayam tapi banyak kentang, Rabu kari ayam tapi pedas sikit, Khamis kari campur kurma ayam, Jumaat kari Pakistan ayam, dan seterusnya… kari kari kari…
Atau masakan anda menjadi sungguh tidak sedap sehingga tidak lalu sahabat-sahabat anda makan. Selalunya jadi tak sedap, apabila kita memasak dengan tidak bersungguh. Pendek kata – Masak cincai dan lebih kurang gitu-gitu. Hasilnya – sup ayam jadi macam air rebusan ayam, sambal tumis menjadi pes cili boh… dan macam-macam lagi… tak kering gusi dibuatnya.
Jika anda masih tak berapa mahir masak ketika anda sudah berada di sini, jangan gusar atau putus harapan. Tanyalah sahabat-sahabat yang handal. Di Internet contohnya Resipi.iluvislam , Mesra.net, The Star Online, dan macam-macam lagi; pun banyak resepi untuk dicuba, dari semudah nasi ayam hinggalah sekompleks nasi kerabu…
Masak sedap-sedap = tolong kawan
Bukankah ia satu perkara yang membanggakan jika masakan anda boleh mengurangkan stress sahabat-sahabat anda setelah seharian menelaah? Bayangkan anda balik penat-penat, dinner yang menanti adalah nasi berlaukkan ayam padprik dan kailan ikan masin… dan ada pula yang menyedekahkan kek buah sebagai pencuci mulut. Heh, terus semangat nak stay up semalaman!
Apa-apapun, take this as a challenge. Itu baru namanya persahabatan yang indah…
Kebersihan
Bab kebersihan diri saya rasa semuanya maklum. Semak-semak sikit no problem, jangan sampai jadi pengotor… enough said, kita semua dah besar.
Hidup berjiran/beramai-ramai
Selalunya semuanya ramah mesra belaka, cuma ada juga yang kureng. Tidak kiralah di Mercer Court atau Millin House. Alahai… mana-mana anda duduk sekali di dunia ini ada saja mehnahnya. Yang tiada apabila kita di syurga nanti. Jadi, jika anda terjumpa dengan orang-orang yang makan tinggal tak basuh, tak pernah ambil pusing tentang duty roster untuk buang sampah, dan sebagainya, anggaplah ia sebagai dugaan, asam garam kehidupan perantau di bumi asing ini. Tapi jangan senyap saja, speak out!
Ada juga masanya terpaksa biarkan saja. Seperti weekend party yang semestinya menggegarkan unit flat sebelah. Nak buat macam mana, memang mereka suka berparti. Lantak pi la! Dan jika anda serumah dengan mat saleh mungkin anda perlu melayani kerenahnya ketika mabuk! Contohnya – mengarahkan kawan anda yang mabuk terhuyung-hayang masuk ke bilik… Heh dah lagu tu… nak buek macam mana?
Perkara-perkara pelik di Mercer Court & Millin House
Sebagai seorang Muslim, saya yakin adanya alam ghaib. Ada dalam rukun imam… kan? Jadi kalau ada, well adalah, kalau ia tak ada, tak perlu nak mencari-cari… banyak lagi kerja berfaedah yang anda boleh lakukan.
Sepanjang menginap di sana, Alhamdulillah tidak ada gangguan dari makhluk ghaib. Yang ada, makhluk yang kita nampak ie. manusia yang kadang kala bising dan mabuk. Oh well… akan tetapi ada satu insiden di mana rakan sekelas saya diganggu apabila dia berada di bilik. Jadi saya sebagai sahabat membantu – banyakkan berdoa kepada Allah, buat amalan-amalan yang ustaz & ustazah kita ajar dahulu, dan yakin bahawa benda-benda ghaib tidak berupaya membuat apa-apa selagi mana Allah tidak izinkan. Lagi pun, bukankah ini satu teguran dari Allah untuk kita sentiasa mengharap kepada-Nya?
Seeloknya ketika baru sahaja tiba di bilik anda, laungkanlah azan pada setiap penjuru, buat solat sunat dan berdoalah minta dihindari perkara-perkara yang boleh menggangu kita, baik dalam bentuk manusia mahu pun bentuk yang tidak kita nampak.
Alternatif bagi Mercer Court & Millin House – Hostel Lain atau ‘Duduk Luar’
Sila hubungi studentservices@rcsi.ie untuk maklumat lanjut. Alternatif lain seperti Lad Lane, Griffith Collge, dan Phibsborough, dan lain-lain yang tidak saya tahu pun ada. Layoutnya lebih kurang sama, cuma lokasi saja yang berbeza – tidaklah jauh, cuma tidak dekat. Namun, perjalanan ke RCSI amat cepat dan mudah dengan kerapnya bas-bas yang menuju ke pusat bandar seperti bas nombor 122 dan 19. Jika berbasikal pun dalam 7-10 minit lamanya.
Jika anda tidak mampu dari segi kewangan untuk duduk di Mercer Court, anda boleh duduk di luar dengan menyewa rumah atau flat di kawasan-kawasan berhampiran seperti di suburb South Circular Road, Harcourt, Jervis, St Patrick Cathedral, dan Christchurch.
Selalunya pelajar-pelajar akan menyewa rumah berempat – 2 bilik duplex, sebab kebanyakan rumah untuk 4 orang terletak di titik sederhana – tidak terlalu mahal, dan tidak terlalu ramai sehingga terasa sempit rumah. Nak duduk lebih boleh juga, berani buat berani tanggung, sebab ia mungkin melanggar perjanjian dengan tuan punya rumah.
Untuk mencari bilik single/bedseat (rumah satu katil yang lengkap dengan dapur dan bilik air) pada tahun pertama anda di sini, terutamanya kepada yang sudah berkahwin, agak mustahil, sebabnya sudah maklum – semuanya mahukan bilik single! Jika anda jumpa, Alhamdulillah, ia rezeki anda.
Ramai juga yang duduk lebih dari berempat hinggalah berbelas-belas, seperti di South Circular Road, Christchurch dan bagi pelajar University College Dublin, di Clonskeagh, Goatstown dan belah-belah selatan Dublin. Antaranya 218 (betul-betul di hadapan Dublin Mosque), 254 di South Circular Road, 45 di Clanbrassil St, Swifthall di Christchurch, dan lain-lain. Isu ‘kampung Malaysia’ selalunya timbul, saya fikir itu boleh disentuh dalam perbincangan yang lain.
Apa-apapun, IMHO, any house is a good house as long as you take care of it – keep it clean, nice and dandy. It is really childish duduk mengata rumah kau kureng, rumah aku best, and what not. Heh semuanya asam garam kehidupan. Bersyukur dengan apa yang kita ada, bukankah itu lebih baik?
Mencari ketenangan
Hidup di perantauan, lebih-lebih lagi jauhnya beribu-ribu batu, adalah ujian dan cabaran yang perlu ditempuhi semua. Take it easy, and slowly, step by step. Anda harus faham, kita terdiri daripada roh dan jasad… dan mestilah kita mahukan kedua-dua sihat, bukan?
Bagi yang beragama Islam, bagi menyihatkan roh anda, jagalah amalan fardhu dan wajib, lagi-lagi bab solat 5 waktu. Luangkan masa untuk amalan-amalan sunat seperti membaca Al-Quran beserta terjemahannya, paling kurang sehari sekali. Jika ada usrah/kumpulan diskusi ilmu, sertailah. Yang lain-lain, solat-solat sunat pun ringan-ringan tulang untuk buat. Kemudian, kuncilah jam loceng anda untuk bangun malam…
Yang penting sekali, amalan kita mestilah istiqamah atau konsisten. Untuk melihat sejauh mana prestasi diri, pada kalendar harian anda, buatlah tanda jika anda buat solat hajat hari ini, atau jika anda ter‘miss’ waktu subuh. Selepas seminggu anda lihatlah sendiri pada kalendar itu… dan muhasabahlah diri.
Di pusat bandar Dublin, ada beberapa masjid utama. Dublin Mosque, yang terletak di South Circular Road, merupakan masjid utama dan tertua di Ireland. Kita juga mempunyai Islamic Cultural Centre of Ireland yang terletak di Clonskeagh, tajaan Al-Makhtoum Foundation dari Emiriah Arab Bersatu. Di tengah-tengah kesesakan Henry St (berhampiran The Spire), kita ada Al-Madinah Mosque, berkat usaha peniaga-peniaga Indo-Pak, seperti juga di Blackpitts Mosque yang dibuka oleh Barry & Sons.
Bagi yang beragama lain, contohnya seperti Kristian, banyak saja denomination-denomination di sini. Ada Anglican, Prebysterian, Unitarian, Catholic dan sebagainya. RCSI juga mempunyai seorang chaplain, Reverend William McLaren yang boleh membantu anda mencari circles-circles. Untuk Buddha, Judaism, Hindu, Scientology, dan lain-lain agama, anda bolehlah bertanya kepada beliau untuk mencari tempat ibadat anda.
Ramadan di Dublin
Sehingga tahun ini dan untuk beberapa tahun lagi, bulan Ramadan akan jatuh semasa musim luruh, hinggalah awal musim sejuk (beberapa tahun dahulu). Secara ringkasnya, anda berpuasa sekejap sahaja, berbanding di tanah air yang terletak di garisan Khatulistiwa – lebih kurang 12 jam siang, 12 jam malam. Di sini siangnya boleh sependek dari pukul 7.40 pagi hingga 5 petang sewaktu musim luruh nanti. Puasa yang pendek!
Untuk berbuka puasa, Dublin Mosque menyediakan juadah berbuka puasa secara percuma sepanjang Ramadan – yup, hari-hari! Manakala untuk masjid lain, ada jadualnya. Biasanya kita berbuka dengan air mineral, kurma dan buah, diikuti dengan solat Maghrib berjemaah.
Setelah solat Maghrib, jemaah duduk berlima dalam satu kumpulan untuk menerima talam berisi nasi minyak dan Ayam Tandoori… sedapnya bukan main, sehingga ramai yang berbuka di masjid hari-hari! Tak berasap nampaknya dapur selama sebulan…
Selepas waktu Isyak pula, solat sunat Terawih berjemaah pula… ada masjid yang menunaikan 8 dan ada yang 20 rakaat, yang penting semua imam membaca satu juzuk Al-Quran… Oh ya, di sini tiada moreh. Moreh di rumah sajalah…
Pada 10 malam terakhir, ada Qiamullail. Solat sunat dari pukul 2 hingga 5 pagi, diikuti solat subuh… lamanya lebih sedikit sebab nak mengkhatamkan satu Al-Quran dalam 10 malam terakhir… memang survival of the fittest!
Know thy classmates & teachers
Semestinya antara wasiat-wasiat dari ibu-bapa, guru-guru, dan dari penaja-penaja, adalah supaya kita bergaul dengan masyarakat di sini. Yup, bergaul-gaul juga, tapi janganlah anda melampaui batasnya. Pendek kata, nilai yang baik kita ikut, yang buruk kita jadikan sempadan.
Berkenalanlah dengan rakan sekelas anda. Mula-mula tahu nama, kemudian tahu duduk mana, kemudian lama-lama boleh kongsi nota kuliah. Mereka pun bijak-bijak belaka, yalah, ada yang lepasan PhD in Pharmacology! Semuanya nak sama-sama survive by all means necessary. Hmmmm… persahabatan yang terjalin mungkin tidak serapat teman sebilik atau senegara, akan tetapi, lebih baik ada dari tiada langsung – Who knows they might become your host for conference you are attending in Washington sewaktu anda menjadi consultant nanti?
Hmmm… teringat pula kepada Victor, cina Kuantan yang bertandang ke bilik beberapa kali berborak-borak mengenai macam-macam perkara, dari isu kekeluargaan dalam masyarakat Tiong Hua hinggalah kepada isu sects dalam Christianity… Lobo pun sekali, dengan isu Palestin sampailah ke English Premier League (as of now saya memang tak ikut dah EPL, tertinggal keretapi). Those were the days…
Bagi guru-guru, jika anda kurang faham, tanyalah sama ada secara langsung, personal mahu pun email… they’re more than happy to enlighten you out.
Moving out of Mercer Court
Saya dapat menginap di Millin House atas sebab tiadanya contact dengan orang-orang di Dublin, dan Mercer Court ketika itu sudah pun penuh. As a result, I just applied and prayed hard, and Alhamdulillah, it was a relief. There goes one academic year living in Millin…
Pada akhir tahun akademik, saya mengambil keputusan untuk keluar dari Millin House. Ada pros dan cons duduk di dalam, sama seperti duduk di luar. Akan tetapi saya fikir I have made a good decision. Saya tidak benci duduk di dalam. Suka ada… Namun, saya nak merasa duduk di luar…
Akhirnya pada tahun akademik seterusnya saya menginap bersama 2 warga Pakistan di South Circular Road, another new experience. Tahun-tahun mendatang, saya tinggal bersama rakan sebangsa… Such a life, eh?
Final words
Ini adalah sedikit coretan dari saya, sebagai seorang yang telah berada di sini. Mungkin tak dapat cover semua, sebab ada banyak lagi rujukan teman-teman boleh lihat di website-website universiti.
Ia juga merupakan sebagai peringatan kepada saya di sini… Yang baik jadikan tauladan, yang tak elok, jauhilah.

Dublin di waktu malam
Orang cakap : Alamak…Dublin MAHAL la..miskin la aku camnie
Kami jawab : Tidak dinafikan taraf hidup di Dublin agak mahal dibandingkan dengan Cork dan Galway. Namun:
Orang cakap : Camne ni..xde makanan halal..takkan nak makan biskut je
Kami jawab : Makanan halal di Dublin boleh didapati di mana-mana. Restoran-restoran halal boleh didapati di pusat bandar dengan mudahnya. Terdapat ramai orang Pakistan dan India yang membuka gerai menjual daging dan ayam halal. Malah ada kedai yang menawarkan perkhidmatan penghantaran ke rumah lagi. Mudahnya! Alhamdulillah =)

ICCI di Clonskgeah
Orang cakap : Masjid ade ke?
Kami jawab : Sesiapa yang datang ke Dublin, pasti terpegun melihat kecantikan dan keindahan Masjid di Dublin. Islamic Cultural Centre of Ireland merupakan masjid yang terbesar di Ireland. Di dalamnya terdapat gerai jualan halal, perpustakaan, gymnasium, sekolah, restoran, bilik ceramah, bilik qiamulail dan padang permainan. Masjid ini terletak berhampiran UCD. Kebanyakkan mereka yang datang ke Masjid ini buat kali pertama akan berkata “Wow..besar giler..cantik siot”.
Masjid lain yang terdapat di Dublin adalah Dublin Mosque. Masjid ini berada di kawasan South Circular Road. Kebanyakan pelajar-pelajar RCSI dan Trinity tinggal di sini. Masjid ini menyediakan iftar(buka puasa) secara percuma sepanjang Ramadhan. Kelazatan nasi beriani yang disediakan,perghhhh, MANTAP!
Macam-macam ada
Orang cakap : Kicap, Cili Sos confirm xde jual kan?
Kami jawab : Terdapat sebuah kedai milik seorang usahawan Malaysia yang Berjaya di Dublin(Lucan). Gerai ini menjual segala macam produk-produk dari Malaysia. Sebut sahaja kicap adabi, sos Aminah Hasan, rempah Tom Yam dan macam-macam lagi, semuanya ada dijual disini. Malah lebih menarik lagi, penghantaran ke rumah juga disediakan. Tempahan boleh dibuat secara online lagi..ade class gituuu…Nak tahu lebih lanjut lagi, kunjungilah ke halaman ini www.hibiscus.ie.
Orang cakap : Tenet camne…slow ke?
Kami jawab : Ringkas je. Kelajuan internet bergantung kepada pakej yang anda pilih.
Orang cakap : Kos telefon camne?Nak call Malaysia lagi…sms..lagi…
Kami jawab : Kebanyakan pelajar-pelajar Malaysia di Ireland menggunakan Meteor sebagai service provider. Meteor menawarkan SMS PERCUMA FOR LIFE dengan syarat anda menambah nilai 20euro sebulan. Malah SMS juga boleh dihantar menerusi halaman web yang disediakan ke mana-mana nombor di Ireland. Sekiranya anda lebih kerap membuat panggilan, maka terdapat pelan-pelan yang boleh dipilih mengikut kesesuaian anda.
Untuk panggilan ke Malaysia, anda boleh membuat panggilan menerusi internet menggunakan sistem VoIP. Dan ianya PERCUMA!! Banyak boleh jimat tu!!
Orang cakap : UCD jauh dari city centre..aduhai malangnya
Kami jawab : Berbanding dengan Trinity dan RCSI, UCD memang terletak agak jauh dari pusat bandar. Tapi jarak perjalanan dari UCD ke pusat bandar hanyalah 15-30 minit(bergantung kepada traffic) sahaja dengan menaiki bus. Bas sangat kerap melalui UCD. Bas yang bernombor 46a melintasi UCD hampir setiap 5 minit! Anda juga boleh berbasikal ke city dari UCD. Kayuhan mengambil masa antara 20-30 minit.
Orang cakap : Rumah jauh dengan university (pelajar RCSI dan Trinity)
Kami jawab : Memandangkan dua universiti ini berada di pusat bandar, maka kos untuk rumah berdekatan dengan uni ini agak mahal, maka rata-rata pelajar memilih untuk tinggal berjauhan sedikit dengan uni mereka contohnya di South Circular Road. Adapun begitu, public transport di Dublin agak efektif, di setiap bus stop, akan ditulis masa ketibaan setiap bas dan biasanya bas menepati jadual yang disediakan. Kemudahan bas senang diperolehi. Anda pasti sukakannya. Ada juga pelajar yang memilih untuk berbasikal dan tidak kurang juga yang memilih untuk berjalan kaki. Pendek kata, hidup anda tidak sesukar yang anda bayangkan =)
Orang cakap : Aku x dpt dok hall..rumah sewa xde lagi..camne nie
Kami jawab : PPIMI, badan kebajikan pelajar utama di Ireland, menyediakan perkhidmatan mencari rumah sewa yang selesa dan murah dengan PERCUMA Caranya mudah sahaja hubungi ppimi@ppimi.org atau berhubung terus dengan House Hunter kami, affick_10[at]yahoo.com
Moralnya, jangan dengar cakap orang! Tanya kami terus! Untuk anda, apa sahaja kami sanggup lakukan =)
Malaysian food products can be found easily in Dublin. Perencah segera, kicap kipas udang, meggi, sos adabi, budu…semua pun ada encik. However for those who lived in Galway and Cork it’s a little bit harder. Even though it’s a bit expansive, it’s still reasonable for Dublin consumer price. The famous shops are Asian Market near the Royal College of Surgeons (RCSI) and Hibiscus Asian Store in Lucan. There’s a whole lot of Malaysian food can be found at Hibiscus and you can book it online at www.hibiscus.ie/catalog. There’s also free delivery for purchase above 50euro.

There a more and more Halal Food restaurant opening in Dublin. I’ll list a few which are quite famous: Kebabish, Rico’s, Chicken Hut, Medina, Istanbul, Sultan, Favorite Fried Chicken, Tabaq Tandoor and many more. Most of them are at the Dublin City center and South Circular Road. If you live around South Circular Road, consider yourself to be lucky because not only because these shops are near to your house but there’s also Dublin Mosque where you can perform solat in jamaah with the local Muslims community. There are jamaah performed for each solat, and during Ramadhan there is free iftar (breaking fast) everyday at the mosque. The menu for the iftar is known as Tandoori Pakcik Yusoff. Some even claim it as the best tandoori in the world.
Directly in front of the Dublin Mosque is the famous Malaysian student house, number 218.
Do we need Visa to enter Ireland?
Unlike the UK-bound students, Malaysian students going to Ireland do not need Visa. When you reach the Dublin Airport, the emigration officers will ask for the evidences stating you are studying over there (the unconditional offer letter) and the financial affidavit from your sponsors. After that, they’ll give you temporary pass to stay in Ireland ranging from 1 to 3 months. Within that period, you’ll need to register with the Garda (Irish Police) Emigration Office at the Dublin City Center. Then you’ll get the Garda Card, which permit to stay there. The look is similar to the Malaysian Identification Card, with your name, address, picture and the validity period on it. You’re required to bring your passport, the letter from your college or university endorsing that you’re a full time student (the student office only able to produce this after your registration) and financial affidavit. You are also will be asked to pay 100euros for the card, which can be claimed from sponsors.
How about the books for studies??
The books used are different according to each universities. The titles can be obtained from you seniors. It’s much cheaper to buy them in Malaysia. As for the RCSI students, the “must have” book is Clinical Anatomy written by Stanley Monkhouse. You can buy it at Syarikat Kamal, its near Bulatan Pahang round about and HKL.
Bank accounts?
There are two most popular bank used by the Malaysian students, the Allied Irish Bank (AIB) and Bank of Ireland (BOI). Both can be used for the monthly allowances transfer from the sponsors. AIB is quite famous with user-friendly Online Banking application. It made it easy to transfer money from one account to another, allow you to view your current account, saving account and credit card account. It also encourage saving with it saving account application. You can set a certain amount of money to be taken out from your current account to be saved in your saving account. You can also apply for student credit card (e=mc2) from AIB. The credit limit will increased as you used the credit card. The credit card come handy when buying your flight tickets and shopping online on E-bay, Amazon.com etc.