Berbahagialah anda semua menjadi pelajar UCD kerana anda kini dikaruniakan servis internet yang berkelajuan tinggi. Mengapa internet UCD laju? Sebabnya UCD ialah tulang belakang kepada sambungan internet seluruh Ireland! Melalui UCDlah semua ISP(Internet Sevice Provider) di Ireland mendapatkan sambungan, dan melalui UCDlah, Ireland dihubungkan secara maya dengan seluruh dunia. Dengan kelajuan muat turun (download) maksimum mencapai 25Mbps dan muat naik (upload) boleh mencecah 20Mbps, UCD menduduki tempat ketiga untuk institusi dengan internet terpantas selepas TCD dan DIT.
UCD IT Services

Memandangkan maklumat secara ekstensif boleh didapati daripada UCD IT Services, artikel ini akan cuba menerangkan dengan seringkas yang boleh tentang apa yang anda dapat daripada UCD IT Services.
Apabila anda berdaftar menjadi pelajar UCD anda akan secara automatik mendapat akses kepada “UCD Connect”. Saya cuba senaraikan apa yang penting.
- email anda sendiri dengan domain …@ucdconnect.ie (penting untuk anda berhubung dengan classmates, lecturers dan module coordinator)
- Servis berkaitan rekod pelajar seperti rekod perpustakaan, keputusan peperiksaan.
- Akses kepada “Blackboard”, tempat anda mendapatkan maklumat dan nota untuk subjek-subjek anda.
- dan banyak lagi servis lain seperti online storage(500MB), file sharing, antivirus(sophos) , softwares (termasuklah Adobe Photoshop) dan akses kepada laman-laman web UCD yang lain.
Anda akan tahu lagi banyak lagi apabila anda mendaftar di sini nanti. Jangan ketinggalan sesi IT Induction kerana anda akan mendapat satu pendrive percuma.
Masalah dengan IT?
Jangan bimbang. UCD mempunyai ramai otai-otai IT yang sudi membantu anda. Mereka ini boleh dijumpai di IT Centres. Ada 4 IT Centres di UCD iaitu Daedalus Building, Health Science Building, Newman Builiding dan Newstead Building.
Sambungan ke Internet

Kemudahan komputer boleh didapati di mana-mana sahaja di dalam kampus dan anda hanya perlu login dengan student ID anda. Anda boleh meminjam laptop daripada IT Services atau juga boleh online dengan laptop anda sendiri di mana-mana sahaja di atas muka bumi UCD. Malah tempias wireless UCD sampai juga ke kawasan di luar kampus. Syaratnya, ialah laptop atau browser (pelayar web anda) anda perlu dikonfigurasi ‘proxy’nya kerana UCD network dilengkapi dengan firewall. Anda boleh baca cara untuk setting firefox dan Internet Explorer di sini. Untuk wireless printing, anda perlu setting(agak panjang untuk diterangkan di sini), tetapi tidak sukar untuk anda terokai sendiri.
Menembusi Firewall
“Internet laju, tapi software tak boleh pakai”
Sememangnya menjadi tanggungjawab UCD untuk menyediakan persekitaran belajar yang kondusif, jadi memang wajarlah pihak IT Services menetapkan regulasi kepada semua yang menggunakan khidmat mereka. “No torrents and no online gaming/MMORPG”, dan anda pun datang untuk belajar bukan untuk main-main.Tetapi, di sini ingin dikongsikan kunci utama untuk menembusi (bypass) firewall UCD ialah menggunakan servername dan port yang sesuai(disediakan oleh IT Services).
- Servername : proxy.ucd.ie
- Port : 8484
Antara software yang pernah dicuba berjaya menembusi firewall ialah Firefox, IE, Yahoo Messenger, Skype, Orbit Downloader.
Wah, lajunya! Tak sama macam Malaysia.
Betul, tapi ingat. Bagi pelajar baru yang akan sampai di UCD, janganlah internet yang laju ini melalaikan anda. Tumpukaan kepada pelajaran dan jangan terperap di depan komputer 24 jam, keluarlah menghirup udara segar dan bergaul dengan masyarakat.