Assalamualaikum wbt..sedikit sambungan daripada kesinambungan daripada artikel Dublin Bus (1)..
Beberapa perkara lain..
Punctuality
Punctuality Is the top quality. Tu la tema atau motto yang saya berikan sendiri kt Dublin Bus . Dengan margin of error hanyalah lebih kurang 5-10 minit untuk setiap bas, perkhidmatan Dublin Bas patut dicontohi oleh company bas kat negara kita. Ketepatan masa jadual perjalanan bas merupakan sesuatu yang agak baru bagi kebanyakkan pelajar Malaysia. Jadi, biasakan diri anda kerana bas tidak akan menunggu anda !
Keadaan dalam bas
Jangan terperanjat untuk yang pertama kali naik Dublin Bus ni. Seperti entry DB(1), Dublin Bus memang mesra OKU,warga veteran dan jua untuk bayi. Beberapa seats depan biasanya disedikan khas untuk golongan di atas . Jadi, janganlah berebut dengan mereka ya kalau seats lain dah penuh.
“please give up this seat to old people”
CCTV juga ada dalam bas ni yang akan dimonitor oleh driver untuk menjamin keselamatan penumpang. Air-cond tidak diperlukan dalam bas kerana memang dah sejuk dah pun.
transformasi wajah

kepada ini…menarikkan…meh la pakat2 ke city centre

Perkhidmatan lain
Selain dari perkhidmatan harian ni, DB juga ada menyediakan perkhidmatan “sightseeing tours” dan “ghostbus” sekitar Dublin. Kalau dah rasa bosan sangat jalan kaki, boleh la amik tours trip ni. System hop on hop off digunakan. Harganya pun boleh tahan. Kalau nak bawak family jalan-jalan Dublin, rasanya , ni the best option yang ada. Pesan saya, jangan la duk convert duit euro anda tu masa naik bas. Kalau convert jugak, memang tak naik bas la .
Contoh tiket…

tu je kot info untuk kali ini…semoga anda berpeluang naik bus ni…
sekian…