Assalamualaikum wbt …
Kepada adik –adik yang akan memulakan pengajian di RCSI dengan program Pre-Med , disini kami ingin berkongsi sedikit pengalaman yang kami telah lalui untuk dijadikan panduan kepada adik-adik sekalian .Terlebih dahulu , janganlah adik-adik bersedih kerana terpaksa menambah 1 tahun pengajian berbanding rakan-rakan adik yang lain .Namun begitu adik haruslah bersyukur kerana program Pre-Med ini akan menjadikan adik lebih bersedia untuk menempuhi tahun-tahun pembelajaran yang akan datang .Gunakanlah setahun yang ada untuk menimba ilmu dan pengalaman juga memperbaiki communication skills . Ini adalah bekalan yang adik akan bawa untuk menaiki tingkat-tingkat pembelajaran yang lebih tinggi lagi .Jangan di pandang remeh module-module yang akan adik pelajari selama dua semester ini dan berusahalah untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam setiap kuiz dan peperiksaan. Jangan hanya sekadar untuk lulus ok? .
Module-module
Module-module merupakan mata pelajaran yang adik- adik akan pelajari dalam setiap semester .Setiap module akan di ‘uji ‘ melalui peperiksaan di akhir semester dan quiz.Manakala module lab pula akan di uji melalui buku lab ( lab report lagi lah ye~) dan juga online exam pada akhir semester . Bagi module FY5 iaitu Information and Communication in Healthcare , adik – adik akan bertemu dengan pembentangan . Untuk FY_12_Medicine – Concept to Patient pula iaitu pada sem 2 , adik-adik akan didedahkan dengan OSCE.
Semester 1
FY_2_Intro to General, Medicinal and Pharmaceutical Chemistry
FY_5_Information and Communication in Healthcare
FY_6.1_Biomedical Laboratory Sciences 1
Semester 2
FY_M9_Human_Systems_III
FY_12_Medicine – Concept to Patient
p/s: kebanyakannya adik-adik akan belajar apa yang adik-adik telah belajar masa IB /A-Lavel. Tapi jangan leka tau ….ada banyak juga benda baru .FY 6.1 dan FY 11.1 tu ialah lab , so adik-adik semua mesti ada LAB coat dan dissection kit (kalau tak ingat bawak Dublin kat sini pun ada lab coat ..siap ada logo RCSI , tapi mahal sikit .disection kit adik-adik boleh beli di Malaysia.
Peperiksaan
Peperiksaan bertempat di dewan peperiksaan dan akan diadakan di akhir setiap semester dan soalan-soalan adalah berdasarkan module- module yang dipelajari pada semester tersebut(kalau exam sem 2 , sem 1 punya tak akan disoal) .Setiap semester akan diadakan 2 kali quiz secara online untuk setiap module .(10 soalan jer ,dah la objektif…kalau adik-adik baca insyaAllah full mark ) . Quiz akan diadakan di lecture theater dan dikawal ketat seperti mana hari peperiksaan
Buku-buku
Ada beberapa buah buku yang digunakan sebagai rujukan . Biasanya satu module akan menggunakan lebih daripada satu buku .Nasihat kami , gunakan kemudahan buku-buku di Mercer Library (perpustakaan untuk pelajar2 RCSI ) . Disini ada beberapa buku yang disarankan oleh professor kami sebagai rujukan .Jika ada diantara adik-adik yang ingin memilik buku sendiri, ada beberapa buku yang kami sarankan . Apapun, sumber utama rujukan kami adalah nota yang di download dari www.vle.rcsi.ie ~
Professors
Jangan takut atau segan dengan professors .They are willing to help you .Kalau tak paham or need a little bit explanation , ask them .(salah seorang daripada prof (Dr Kevin) antara nasihatnay yang tidak dapat dilupakan ialah ..‘”government kamu telah membelanjakan sejumlah duit yang banyak untuk kamu belajar supaya kamu dapat berkhidmat di negara kamu .kalau kamu gagal hanya kerana kamu malu bertanya pensyarah kamu atau rakan-rakan kamu ..apa gunanya usaha kerajaan kamu itu”….so adik-adik fikir-fikirkanlah .Kalau dia dah cakap macam tu maknanya mereka sanggup nak bantu kita .Jangan jadi bodoh sombong yea.One more thing , kalau adik-adik hantar pertanyaan menerusi email , cepat je dapat reply. jadi jangan segan-segan dengan pensyarah .Kami dulu memang baik dengan pensyarah , sebabnya kami baik dan peramah , kalau jumpa professor tegurlah dan berikanlah senyuman .Apapun selamat datang ke Dublin kami tujukan kepada semua adik2 yang akan tiba.
Sebarang pertanyaan : email (Mizah) nuriz_iman @yahoo.com atau ym id nuriz_iman
btw, penang medical college has their own foundation programme – yup down here in penang! the syllabus is exactly the same as the rcsi’s. upon completion, akan ke dublin sebagai penuntut tahun pertama…
yup , this year hanya students yang mengambil full course RCSI (4 orang) akan menjalani program FY di RCSI ….one more thing ..syllabus Foundation Year dan assessment sentiasa di review, mungkin sem ni ader perubahan sedikt …. n FYI FY_11_2_Language_comm_skills and FY_12_Medicine – Concept to Patient baru sahaja dimasukkan semasa sesi kami yang lepas…